Real Case: Pengalaman Saya Uruskan Insurance Projek yang Hampir Gagal Dapat Perlindungan


Bulan lepas, saya dihubungi oleh seseorang melalui whatsapp. 

Katanya, dia dapat nombor saya dari Facebook dan ingin bertanya tentang perlindungan insurans untuk melindungi risiko kewangan projek yang beliau baru dapat. Projek tu sebenarnya projek dari sebuah agensi kerajaan dan agensi tersebut melantik syarikat beliau bekerja untuk menguruskan projek tersebut untuk tempoh 6 tahun.

Biasanya kalau perlindungan untuk projek ni kita ada 10 jenis iaitu


1. Contractor’s All Risk (CAR) Insurance

  • Melindungi kerja-kerja pembinaan daripada kerosakan fizikal (contoh: kebakaran, tanah runtuh, banjir, kecurian bahan binaan).
  • Biasanya termasuk peralatan di tapak dan kerja yang sedang berjalan.
  • Perlindungan sehingga siap projek.
  • Boleh diambil oleh kontraktor atau pemilik projek.

2. Erection All Risk (EAR) Insurance

  • Digunakan untuk projek pemasangan mesin atau struktur keluli (contohnya loji industri).
  • Sesuai untuk projek yang melibatkan banyak pemasangan teknikal dan elektrik.

3. Workmen Compensation Insurance (WCI)

  • Melindungi pekerja sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan, atau kematian semasa bekerja.
  • Termasuk kos perubatan, pampasan hilang upaya, dan bayaran kepada waris jika berlaku kematian.
  • Wajib bagi pekerja asing dan kontrak di kebanyakan projek binaan.

4. Employer’s Liability Insurance

  • Tambahan kepada WCI – lindungi majikan daripada tindakan undang-undang pekerja.
  • Sesuai untuk pekerja tempatan atau staf tetap yang tidak dilindungi penuh oleh WCI.

5. Public Liability Insurance

  • Lindungi pihak ketiga (contoh: orang awam, pengunjung tapak) daripada kecederaan atau kerosakan harta akibat aktiviti projek.
  • Sering diminta oleh pemilik tanah, pihak berkuasa tempatan, atau pihak ketiga yang berkaitan.

6. Professional Indemnity Insurance

  • Untuk projek yang melibatkan kerja perundingan, arkitek, jurutera, quantity surveyor, dll.
  • Melindungi daripada tuntutan akibat kecuaian profesional atau kesilapan teknikal.

7. Performance Bond (atau Surety Bond)

  • Jaminan kewangan bahawa kontraktor akan menyiapkan projek mengikut perjanjian.
  • Bukan insurans dalam erti sebenar, tetapi sering diperlukan sebagai syarat kontrak.

8. Marine Cargo / Inland Transit Insurance

  • Melindungi barang atau peralatan projek semasa dalam perjalanan ke tapak.
  • Sesuai untuk projek yang melibatkan bahan binaan atau jentera diimport.

9. Plant & Machinery / Equipment All Risk Insurance

  • Perlindungan khas untuk jentera berat dan peralatan binaan (contoh: crane, excavator).
  • Boleh ambil sekali atau asing daripada CAR.

10. Third Party Motor Insurance (untuk kenderaan projek)

  • Jika projek melibatkan lori, trak atau kenderaan di tapak bina, ini adalah wajib untuk perlindungan jalan raya.

Katanya, beliau sudah menghubungi beberapa ejen insurans dari syarikat yang berbeza. Malangnya, semua ejen tersebut tidak dapat memberikan maklum balas yang sewajarnya. Ada yang ‘sidai’ beliau macam tu sahaja. Mungkin mereka merasakan mereka tidak dapat bantu kerana permintaan yang agak kompleks dari syarikat beliau dan agensi kerajaan tersebut.


Saya tidak akan berkongsi secara terperinci isu yang dihadapi kerana pada saya, maklumat tersebut adalah rahsia syarikat klien dan juga sensitif dari sudut hubungan dengan penyedia insurans. Namun, saya boleh katakan bahawa keperluan beliau bukan mudah, dan memang mencabar untuk cari syarikat yang boleh terima kes seperti itu.


Setelah mendengar penjelasan beliau, saya minta beliau tenang dan serahkan kepada saya dan saya akan bantu cari solusi untuk beliau. Insya-Allah, ini memang bidang kepakaran saya sebagai seorang penasihat kewangan. 


Sebagai penasihat kewangan, saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat insurans dan takaful. Saya mempunyai akses kepada hampir semua syarikat insurans dan takaful di Malaysia, baik konvensional mahupun patuh syariah. Saya tidak terikat kepada satu jenama sahaja. Jadi, saya bebas mencari solusi terbaik berdasarkan keperluan dan bajet klien.


Sebaik sahaja perbualan kami tamat, saya terus buka sistem dan semak semula senarai semua panel syarikat insurans dan takaful yang saya ada. Saya senaraikan yang mana belum dihubungi oleh klien tadi. Kemudian saya hubungi satu persatu person-in-charge dari setiap syarikat. Lebih kurang 10 syarikat semuanya saya hubungi.


Saya bentangkan kes sebenar, dan tanya secara telus sama ada mereka boleh bantu atau tidak. Akhirnya, hanya satu syarikat yang benar-benar boleh penuhi semua keperluan projek tersebut iaitu Zurich General Takaful.


Selepas meneliti Surat Setuju Terima yang klien kongsikan, kami setuju untuk menyediakan perlindungan Public Liability dan Workmen Compensation untuk pelanggan.


Kenapa Saya Kongsikan Kisah Ini?

Ramai yang sebenarnya mengalami masalah seperti ini, nak cari quotation untuk insurance projek, tapi tak tahu nak mula dari mana. Bila cuba contact beberapa ejen, tiada tindakan susulan. Bila minta bantuan, rasa macam dipandang sebelah mata sebab kes terlalu rumit atau kecil.

Saya faham perasaan itu.

Sebab itu saya kongsikan kisah ini supaya anda tahu bahawa ada jalan lain.

Jika anda sedang mencari perlindungan untuk projek anda, anda boleh pertimbangkan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda dengan sebaik mungkin. 


Biasanya saya akan utamakan perlindungan patuh syariah dahulu sehinggakan saya merasakan perlindungan yang patuh syariah tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pelanggan barulah saya akan cuba pertimbangkan untuk perlindungan insurans konvensional.




0 Comments

Newest