LATAR BELAKANG HANI OTHMAN



Bismillahiraahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Hani Othman!

Seorang yang passionate tentang kewangan Islam dan juga seorang travel enthusist.

Saya mula bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia selepas menamatkan pengajian di universiti dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. 

Kerana minat saya yang mendalam terhadap kewangan, saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan memulakan perjalanan saya dalam bidang kewangan dengan menjadi Agent Takaful di AIA Public Takaful di mana saya belajar banyak tentang pentingnya perlindungan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga.

Dari situ, saya terus berkembang dan menyertai Kausar Wealth Management dan Phillips Capital untuk memberi perkhidmatan perancangan harta pusaka dan pelaburan. 

Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk membantu individu dan keluarga merancang masa depan dengan lebih tenang.

Kemudian, saya terus mendalami ilmu saya dalam bidang kewangan dengan menyertai Capspring Temasik Financial Group dan mendapatkan lesen Perancang Kewangan Islam (IFP) untuk melayakkan saya memberi solusi kewangan Islam secara menyeluruh.

Di luar kerja, saya suka melakukan aktiviti sukan lasak dan meneroka dunia. Saya percaya perancangan kewangan yang baik bukan hanya untuk memastikan masa depan yang lebih terjamin, tetapi juga untuk membantu mencapai impian kita tanpa perlu bimbang tentang kewangan.






0 Comments