Hibah Saja Belum Cukup: Ada Satu Lagi Langkah Ramai Terlepas Pandang


Mengikut statistik, 80% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan takaful. 


Tapi untuk topik hari ni, saya nak fokus kepada mereka yang tergolong dalam 20% rakyat Malaysia yang sudah mempunyai perlindungan takaful. 


First sekali, tahniah untuk anda! 


Anda telah mengambil satu langkah bijak untuk melindungi keluarga daripada kesusahan kewangan bila anda tiada nanti.


Tapi pernah tak anda terfikir…


“Adakah jaminan duit manfaat takaful itu benar-benar digunakan seperti yang anda niatkan?”


Anda buat perlindungan takaful dan menghibah manfaat takaful tersebut kepada pasangan atau anak-anak dengan niat yang sangat murni dimana anda mungkin mahukan duit tersebut 

  • untuk bayar hutang
  • untuk pendidikan anak-anak
  • untuk pastikan pasangan tak terbeban. 


Tapi realitinya, niat yang baik itu mungkin boleh tersasar kalau tiada sistem yang mengawal cara manfaat takaful itu diurus selepas ketiadaan anda nanti.


💔 Realiti Yang Ramai Tak Nampak


Saya pernah jumpa kes dimana seorang ibu tunggal meninggalkan manfaat takaful melebihi RM300,000 untuk anak-anaknya. Tapi dalam masa kurang setahun, duit itu habis!


Sebahagiannya digunakan untuk hal-hal yang tidak penting, sebahagiannya tertipu dengan scammer. Sedih kan, niat si ibu untuk memastikan pendidikan anak-anak terjaga tapi tak tercapai. Sebaliknya berlaku.


Puncanya sebab tiada sistem yang mengawal dan melaksanakan niat asal pemilik takaful iaitu si ibu.


💡 Di Sini Datangnya solusi Isti’man


Isti’man, atau Amanah Takaful adalah solusi tambahan untuk menguatkan perancangan kewangan dan pengurusan harta yang anda bina.


Secara mudahnya, konsep Amanah Takaful atau "Takaful Trust" bermaksud, kita mengamanahkan manfaat takaful kepada pihak yang dipercayai untuk menguruskan dan mengagihkan harta tersebut mengikut arahan kita sendiri.


Dalam konteks isti'man, dokumen amanah ini dibentuk melalui satu proses rasmi di mana pemilik sijil takaful melantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai pemegang amanah (trustee).


Perlantikan ini dibuat menggunakan Borang Absolute Assignment (AA) daripada syarikat takaful masing-masing, menjadikan manfaat takaful tersebut secara sah di bawah pengurusan amanah Wasiyyah.


Melalui proses ini, arahan kita akan direkod dan dilindungi melalui Surat Ikatan Amanah (SIA). Apabila berlaku tuntutan seperti kematian, cacat kekal atau polisi matang, trustee akan melaksanakan arahan itu dengan tepat sebagaimana yang pemilik takaful tetapkan semasa hidup.


⚙️ Bagaimana Isti’man Melindungi Niat Anda


1️⃣ Amanah Berstruktur

Anda boleh tentukan dengan jelas bagaimana manfaat takaful digunakan. Contohnya untuk:


  • Melangsaikan hutang rumah

  • Pendidikan anak-anak

  • Sara hidup pasangan atau ibu bapa


2️⃣ Kawal Cara Agihan

Manfaat takaful boleh diagihkan secara berkala (bulanan/tahunan) atau sekaligus, ikut arahan anda.

Tiada lagi risiko duit habis terlalu cepat.


3️⃣ Trustee Profesional Menguruskan Segalanya

Apabila tiba masanya, Wasiyyah Shoppe akan memastikan manfaat takaful anda diurus dan disalurkan tepat seperti dalam arahan yang anda tandatangan.




🧭 Isti’man Adalah Penguat kepada hibah takaful anda


Takaful melindungi keluarga daripada kehilangan pendapatan.

Isti’man memastikan manfaat takaful yang dihibahkan itu terus memberi manfaat dengan cara yang betul.


Tanpa Isti’man, niat baik anda mungkin hilang di tengah jalan.

Dengan Isti’man, anda bukan sekadar meninggalkan duit tetapi anda juga tinggalkan sistem yang menjaga keluarga anda walaupun anda tiada.


⚠️ Cuba Anda Fikir Seketika...


Anda boleh rancang untuk bagi berapa banyak manfaat  takaful kepada keluarga.

Tapi, pernahkah anda rancang bagaimana mereka akan gunakannya?


Bila duit datang dalam jumlah besar, emosi, tekanan dan desakan hidup boleh membuat seseorang tersilap langkah.

Dan bila duit itu habis, tiada siapa boleh undur masa untuk betulkan semula.


Itulah sebabnya Isti’man perlu dibuat semasa kita masih hidup dan sihat.

Supaya segala niat baik kita disalurkan secara teratur, bukan sekadar di atas kertas polisi.


🤝 Langkah Seterusnya


Jika anda sudah ada pelan Takaful, Isti’man ialah langkah seterusnya untuk kuatkan perlindungan itu.


Saya boleh bantu semak sijil takaful sedia ada dan terangkan bagaimana mekanisme Amanah Takaful atau isti'man ini berfungsi bermula dari proses pendaftaran hingga pelaksanaan sebenar bila tiba masanya.


📅 Tempah sesi penerangan PERCUMA:


Kita tidak tahu bila masa kita akan berakhir,

tapi kita boleh pastikan setiap niat dan kasih sayang kita kekal berfungsi walaupun selepas kita tiada.


Takaful menjaga mereka ketika anda tiada.

Isti’man menjaga niat anda supaya terus hidup.

0 Comments