8 Bulan Bertarung Dengan Sistem: Pengalaman Urus Claim Perubatan Client

8 bulan.

Ya, 8 bulan ambil masa untuk settlekan claim client ni.

Penuh dengan emosi, penantian, rasa putus asa dan akhirnya, rasa lega yang sukar digambarkan.

Terus terang aku cakap, client ni dah hampir give up sebenarnya.
Terlalu banyak liku liku kehidupan yang kami lalui dalam tempoh tu.
Tapi akhirnya… alhamdulillah, claim tu lulus juga.

Semua bermula dengan satu perkataan: “fertility”

Asalnya, client nak masuk hospital guna Guarantee Letter (GL).
Tapi tak boleh.

Sebab dalam referral letter doktor ada tulis:

“due to fertility”

Client cuba pula guna medical bawah company dia.
Pun tak boleh juga.
Sebab perkataan yang sama iaitu fertility.

Untuk makluman, mana-mana medical card memang takkan approve GL kalau rawatan berkaitan fertility. Ini memang exclusion industri.

Tak ada pilihan lain.
Client redha masuk hospital kerajaan dan guna duit sendiri.
Jumlah keseluruhan hampir RM10,000 untuk pembedahan.

Tapi....!!! Ada satu ayat dalam laporan membuka sedikit harapan

Lepas pembedahan, client share discharge summary dengan aku.
Asalnya cuma nak cuba claim bawah hospital income benefit.

Tapi bila aku baca Discharge Summary tu betul-betul, aku nampak sesuatu.

Doktor tulis pembedahan dibuat kerana cyst.

Aku terus cakap pada client nak cuba claim bil pembedahan ni sebab aku rasa kes ni boleh lulus sebab operation ni related to cyst. Bukan fertility.

Mulanya client aku macam was was nak cuba. Dia cakap, boleh ke? Aku cakap belum cuba belum tahu. Client setuju untuk cuba. 

Dokumen original diserahkan kepada HLMT.
Aku follow up berkali-kali.

Kadang-kala client follow up aku dan kadang kala aku follow up client. 

Kalau ada apa-apa update, aku akan inform client. 

Masa berlalu. Aku start process claim client ni masa bulan April 2025.

Sebulan berlalu.

Jawapan yang sama dari pihak HLMT

“Masih dalam proses.”

Sampailah satu hari, HLMT update aku
Tiga resit original mereka tak terima

Jumlah resit sepatutnya ada 4, tapi yang ada cuma 1 sahaja.
Jadi claim tak boleh diluluskan melainkan kami provide resit original.

Di sinilah bermula episod yang sangat menguji emosi.

Sebab setahu aku, aku memang dah serahkan semua resit tu sekali dengan claim anak client aku tu.
Dan claim anak tu dah pun approve.

Aku tak nak fikir siapa salah.
Salah aku ke, salah staf HLMT ke, aku tak tahu.
Dan aku tak berminat nak cari siapa salah.

Satu benda ja dalam kepala aku:

Aku nak claim ni lulus. Sebab aku yakin kes ni boleh dapat.

Solution lebih penting berbanding mencari salah siapa

Aku discuss balik dengan client aku macam mana nak dapatkan resit original.

Time ni client aku mula risau. Betul ke claim dia boleh lulus. Risau nanti dah bazir masa dan tenaga cari dokumen. tup tup claim tetap tak boleh lulus.

Tapi bila aku check dengan staff HLMT, mereka cakap claim ni memang boleh lulus cuma mereka perlukan resit original. 

Ok tak apa. Aku hormat SOP mereka. 

Aku dan client cuba hubungi semula hospital.
Nak minta resit original.

Hospital kata tak boleh.
Mereka hanya boleh bagi salinan resit yang dicop dan ditandatangani doktor.

Ok tak apa, aku pergi hospital untuk ambil salinan resit yang dicop dan ditandatangani oleh doktor.

Aku submit juga.

Kemudian aku keep on follow up lagi. Bulan demi bulan berlalu.

HLMT maklumkan mereka tak boleh terima resit tu.

Die die, aku kena dapatkan juga resit original tu

Client mula risau.
Dia tanya aku berkali-kali:

“Boleh ke dapat claim ni?
Takut buang masa, buang tenaga… last-last tak dapat apa.”

Aku faham perasaan dia.
Penat. Emosi. Trauma hospital. Duit dah keluar banyak.

Aku cuba pujuk client aku supaya jangan give up.

Bila satu lagi pintu dibuka

Aku bincang semula dengan HLMT.
Akhirnya mereka cadangkan satu cara:
buat pengakuan bersumpah (statutory declaration) bahawa resit original hilang.

HLMT bagi borang.
Aku tolong isi.
Client pergi sign depan Pesuruhjaya Sumpah.

Lepas tu aku hantar semula kepada pihak HLMT.

Tak lama lepas tu, HLMT minta pula pecahan bil:
rawatan mana berkaitan cyst,
rawatan mana berkaitan fertility
sebab ikut report, client buat dua rawatan dan itemise bill tu campur kos untuk kedua-dua rawatan tersebut.

Bahagian ni memang mencabar.
Hospital tak boleh sediakan pecahan macam yang diminta oleh HLMT.

Aku cuba convince HLMT.
Aku share perbualan whatsapp antara client dan pihak hospital sebagai bukti bahawa hospital memang tak boleh keluarkan dokumen tu.

Waktu ni, aku sendiri dah pasrah.

Bulan demi bulan berlalu dan aku masih belum berputus asa untuk follow up dengan HLMT sampai lah suatu hari... aku tengah bercuti dengan ibu bapa aku..

Berita yang aku tak sangka

Tiba-tiba…
client WhatsApp aku.



Dia terima surat kelulusan claim.

Ya Allah…
leganya aku masa tu.




Tak dapat full.
RM2,050 tak diluluskan. Tapi aku faham kenapa tak lulus. Amount tu adalah rawatan under fertility

Tapi selebihnya, claim approve.

Alhamdulillah... aku rasa lega sangat. Tak sia-sia kesabaran dan usaha kami sepanjang tempoh 8 bulan tu.

Walaupun tak dapat full tapi sekurang-kurangnya dapat ringankan beban kewangan client. 

Kenapa aku fight sampai 8 bulan?

Aku ni jenis orang yang susah nak percaya sesuatu sebelum aku cuba sendiri.
Sebab tu aku sanggup gila-gila fight untuk kes ni walaupun ambil masa 8 bulan.

Aku yakin dari awal:

Kes ni boleh claim.

Pengajaran dari kes ni, kadang-kadang kita lupa,
client bukan sekadar perlukan sijil takaful.

Mereka perlukan sokongan emosi, orang untuk bertanya dan seseorang yang sanggup bertahan dengan mereka bila mereka dalam kesusahan.

Sedikit peringatan untuk semua

Jangan ingat hospital kerajaan semua free.
Masuk hospital kerajaan pun kena bayar.
Cuma bezanya, tak semahal hospital swasta.

Kalau ada medical card,
at least ringan sikit beban kewangan.

Kalau tak mampu ambil coverage tinggi,
coverage rendah pun dah ok asalkan tahu macam mana nak urus.

Kalau coverage rendah, masuk hospital kerajaan pun still ok. kadang-kadang hospital kerajaan lebih baik daripada hospital swasta.

Tapi kena make sure
👉 kena ada emergency fund

Sebab medical card tak boleh GL di hospital kerajaan. Korang kena bayar dulu, kemudian claim dengan pihak insurans atau takaful. Sebab itu penting untuk ada emergency fund. Korang boleh bayar guna duit tu dulu sementara tunggu claim diluluskan.

kalau korang perlukan advisor yang die-die akan fight untuk korang,
korang boleh roger aku.

Hahaha.

Sekian, terima kasih sebab sudi baca sampai habis.
Huhu.


0 Comments

Newest