Berdasarkan statistik yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2020 purata kematian adalah 50 orang sehari. Sama ada berpunca daripada sakit jantung, pneumonia, kemalangan dan sebagainya. Paling tinggi melibatkan sakit jantung.
Sebelum ini, pernah tular di media sosial tentang kematian secara mengejut seorang selebriti tanahair kita di mana selepas kematian arwah, berlaku perbalahan dan salah faham di kalangan keluarga sehingga membawa kes tersebut ke mahkamah.
Hanya kerana mereka adalah selebriti yang terkenal, maka kes mereka menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia.
Hani percaya perkara seperti ini sebenarnya banyak berlaku di kalangan orang bukan selebriti di Malaysia. Malah, mungkin lebih teruk. Tapi disebabkan mereka tidak popular jadi cerita mereka tidak menjadi perhatian orang ramai.
Ada ahli waris yang risau dilabelkan sebagai 'tamak harta' apabila menyuarakan isu harta pusaka arwah. Jadi, masing-masing memilih untuk berdiam diri sehingga makan masa bertahun-tahun dan berlaku kematian berlapis.
Bila berlaku kematian berlapis, maka semakin rumitlah urusan pusaka tersebut. Semakin ramai ahli waris yang terlibat maka semakin banyak emosi yang perlu ditanggani.
Lebih pilu apabila hanya suami sahaja pencari nafkah untuk keluarga dan apabila suami meninggal, isteri dan anak-anak akan turut hilang punca pendapatan.
Ditambah lagi suami tersebut juga adalah satu-satunya anak yang menjaga dan menyara ibu dan adik adik.
Perkara seperti ini secara tidak langsung akan mengundang pertikaian dan perbalahan tentang harta pusaka.
Pengurusan selepas kematian wajar dilihat dari dua aspek iaitu pengurusan jenazah dan juga pengurusan harta si mati.
Jadi, untuk post kali ini, Hani akan senaraikan urutan langkah yang sepatutnya berlaku sebaik sahaja berlaku kematian.
1. Menguruskan jenazah
Waris perlu memastikan segala urusan ini berjalan dengan lancar. Urusan ini termasuk mandikan jenazah, kafan, solat jenazah dan pengebumian di mana ia memerlukan wang seperti sewa van jenazah, upah penggali kubur dan seangkatan dengannya. Ada waris yang mengeluarkan duit mereka sendiri untuk kos trersebut tetapi sebenarnya kos ini boleh menggunakan duit si mati. Ada sesetengah orang menyumbang di dalam satu tabung yang kita panggil khairat kematian di mana apabila berlaku kematian kepada penyumbang tersebut, segala kos menguruskan jenazah akan menggunakan wang khairat kematian tersebut.
2. Membayar hutang
Setelah selesai urusan pengebumian, seterusnya adalah urusan pengurusan harta. Waris perlu kenal pasti terlebih dahulu apakah hutang si mati.
Ada 2 jenis hutang iaitu hutang kepada Allah dan hutang kepada manusia. Hutang kepada Allah seperti Haji, zakat yang tertunggak, puasa ganti dan seangkatan dengannya.
Hutang kepada manusia pula termasuklah hutang rumah, hutang kereta dan hutang peribadi. Di sinilah pentingnya kita ambil takaful. Sekiranya kita meninggal secara tiba-tiba, sekurang-kurangnya kita meninggalkan wang kepada waris untuk melunaskan hutang-hutang kita.
Kalau nak harapkan duit simpanan kita di dalam tabung haji atau ASB, belum tentu cukup untuk waris kita selesaikan hutang kita.
Hani pernah terjumpa kes di mana arwah ayah customer Hani hanya ada wang tunai beberapa ribu sahaja di dalam bank sedangkan hutang arwah lebih banyak berbanding wang simpanan yang ada.
Akhirnya, si anak terpaksa keluarkan wang sendiri untuk selesaikan hutang-hutang arwah. Sanggupkah kita menyusahkan anak-anak kita bila dah tiada nanti?
3. Pengurusan harta pusaka
Pengurusan pusaka melibatkan 3 peringkat.
Peringkat pertama adalah mendapatkan surat kuasa di mana waris perlu berurusan dengan pihak-pihak seperti Amanah Raya, Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi. Bergantung pada berapa banyak harta yang arwah ada.
Penting untuk kita simpan dokumen harta kita di satu tempat dan senaraikan jumlah harta yang kita ada supaya waris tahu di mana tempat yang waris perlu berurusan.
Peringkat kedua adalah melantik pentadbir. Setelah surat kuasa diperolehi, pentadbir perlu ke setiap tempat di mana arwah mendaftar harta mereka. Sebagai contoh, arwah mempunyai wang simpanan di Tabung Haji, pentadbir perlu ke Tabung Haji untuk mengeluarkan wang tersebut untuk diagihkan.
Peringkat ketiga adalah pembahagian. Setelah tolak segala hutang, tuntutan harta sepencarian, wakaf, wasiat 1/3 dan hibah, barulah harta arwah dibahagikan secara faraid.
Persoalannya adalah,
adakah waris kita mempunyai pengetahuan yang cukup tentang proses pengurusan pusaka?
adakah waris kita mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan harta pusaka kita?
adakah waris kita mempunyai wang yang cukup untuk uruskan harta pusaka kita?
Kalau anda nak tahu, anda sebenarnya boleh menyumbang di dalam khairat pusaka bersama syarikat amanah Wasiyyah Shoppe dengan hanya RM50 sebulan.
Yes, RM50 sebulan sahaja daripada anda membiarkan waris anda berdepan dengan kesukaran dalam membayar hutang dan menguruskan harta pusaka anda.
Kalau anda nak tahu lebih detail apa itu khairat pusaka, just whatsapp saya di 019-4367014 atau klik sahaja button di bawah.
0 Comments