Assalamualaikum semua.
Semoga Allah memberi rahmat dan berkati segala urusan kita hari ini.
Pernah suatu ketika Hani mengajak kenalan hani buat perancangan harta pusaka tapi jawapan mereka,
“Aku bukannya ada harta pun”
Walau sedikit mana pun harta yang kita ada sekarang, tetapi apabila kita sudah tiada nanti harta tersebut akan bertukar status menjadi HARTA PUSAKA dan perlu diuruskan dan dibahagikan kepada waris kita.
Pernah beberapa kes Hani jumpa isu berebut harta pusaka untuk tanah yang sekangkang kera sahaja. Ada yang bergaduh hanya kerana motor kapcai sebiji.
Ini kerana isu pusaka melibatkan emosi.
Ada satu kisah yang pernah dikongsikan di dalam Utusan Malaysia di mana adik beradik putus hubungan hanya kerana harta pusaka.
Klik link di bawah untuk membaca kisah tersebut
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/01/darah-daging-bertukar-musuh-akibat-harta/
Sebagai ibu bapa, sanggupkah anda melihat anak-anak yang lahir dari benih anda dan keluar dari rahim yang sama bergaduh sehingga lebih parah berlaku kecderaan dan kematian.
Bila bercerita tentang tuntutan harta pusaka, ramai waris yang akan pergi ke Mahkamah Syariah untuk dapatkan sijil faraid untuk pembahagian harta si mati tetapi kes masih tidak selesai dan pindah milik harta si mati masih tidak dapat dijalankan.
Kenapa ini berlaku?
Kerana waris tak tahu proses yang betul dan tertinggal proses sebelum tu.
Kita menganggap yang waris kita tahu proses pengurusan pusaka tetapi sebenarnya tidak. Kalau waris tahu pun, adakah mereka mempunyai masa dan siapa di antara waris kita yang sanggup keluarkan kos untuk pengurusan harta pusaka tersebut?
Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh waris sebenarnya?
1. Waris perlu muafakat untuk melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi pentdbir harta.
2. Pentabir harta perlu mengumpul dokumen-dokumen seperti kad pengenalan waris-waris, bukti kematian, dokumen pemilikan harta dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
3. Pentadbir perluu membuat permohonan dan memfailkan borang A di Pejabat Pusaka Kecil sekiranya nilai harta si mati kurang dari RM2juta dan mempunya harta tidak alih (bangunan atau tanah).
4. Apabila dokumen yang diperlukan lengkap, permohonan akan diproses di Pejabat Pusaka, notis perbicaraan akan dikeluarkan kepada waris-waris
5. Perbicaraan akan dijalankan oleh Pegawai Penyelesaian Pusaka dan waris-waris perlu hadir semasa sesi perbicaraan tersebut. Waris yang tidak dapat hadir perlu kemukakan borang DDA.
6. Pegawa Penyelesaian Pusaka akan membuat pengiraan faraid dan bertanya kaedah pembahagian yang didingikan oleh waris-waris. Di sini, waris-wari perlu berbincang dan menentukan kaedah pembahagian harta si mati sama ada menggunakan kaedah faraid atau muafakat. Selagi waris tidak bekerjasama, surat kuasa mentadbir tidak dapat dikeluarkan.
7. Surat kuasa mentadbir dan perintah pembahagian akan dikeluarkan setelah semua waris bersetuju dengan kaedah pembahagian yang dibincangkan. Sekiranya terdapat bantahan, rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perintah.
8. Pentadbir akan membawa surat perintah pembahagian untuk membuat permohonan pindahmilik di institusi di mana harta si mati didaftarkan dan embayar segala hutang-hutang si mati seperti hutang rumah, hutang kereta. Selagi hutang tersebut tidak diselesaikan, urusan pindah milik tidak dapat dijalankan. Di sini pentingnya takaful di mana wang takaful tersebut akan digunakan untuk selesaikan hutang si mati untuk memudahkan urusan pindah milik harta.
Biasanya proses tuntutan mengambil masa minimum 6 bulan sekiranya tiada sebarang masalah dan bantahan dari pihak waris.
Terdapat kos-kos yang perlu dikeluarkan oleh waris sepanjang proses ini.
Sekiranya waris mempunyai ilmu, masa dan duit, segala urusan akan menjadi lebih mudah.
Tetapi sekiranya waris tidak tahu proses, tiada masa dan tiada wang, prosesakan menjadi lebirumit menyebabkan ramai waris berhenti di tengah jalan.
Lebih rumit sekiranya waris terdiri daripada mereka yang bawah umur.
Pada pendapat anda, adakah waris anda mampu menguruskan harta pusaka anda?
Adalah lebih baik ketika anda masih hidup, anda menyediakan solusi yang tepat bagi memudahkan waris-waris anda.
Di Wasiyyah Shoppe terdapat satu produk iaitu AL-WASITAH sebagai solusi untuk masalah ini.
And hanya perlu menyumbang RM50 sebulan dan anda tak perlu risau bagaimana harta anda akan diuruskan selepas meninggal kelak.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang solusi ini, hubungi saya dengan klik link di bawah.
Bertindak segera sebelum terlambat!
Hani Othman
Perancang Kewangan Islam (IFP)
0194367014
0 Comments