INSURANS DAN TAKAFUL UNTUK PENYEWA RUMAH. PEMILIK RUMAH WAJIB TAHU!

 Assalamualaikum, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi Allah.


Baru-baru ini Hani didatangi oleh seseorang yang bertanyakan tentang insurans untuk rumahnya yang disewakan kepada orang lain.


Hani tidak pasti sama ada anda aware atau tidak tentang perlindungan khas untuk anda yakni pemilik rumah yang menyewakan rumah kepada orang lain. 


Sebagai pemilik rumah, anda mungkin pernah berdepan dengan situasi di mana rumah anda dan barang-barang di rumah anda dirosakkan oleh penyewa anda.


Atau mungkin anda pernah berada dalam situasi di mana penyewa anda gagal membayar sewa rumah dan terus menghilangkan diri. 


Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans dan takaful yang menyediakan perlindungan untuk penyewa rumah.


Antara syarikat yang menyediakan perlindungan ini termasuklah


Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful)

Tune Protect (Insurans)

Allianz (Insurans)

MSIG (Insurans)

AmInsurans (Insurans)

Lonpac (Insurans)


Kebanyakan syarikat ini menyediakan perlindungan tambahan untuk kerugian sewa di dalam pelan Houseowner/householders. 


Secara keseluruhan, Pelan Houseowner/householder menyediakan perlindungan seperti berikut:


  • Kebakaran, kilat, petir dan letupan domestik
  • Kerosakan akibat pesawat dan impak oleh kenderaan atau haiwan
  • Pecahan dan limpahan tangki air atau paip
  • Kecurian dan pecah masuk
  • banjir, hurikan, siklon, taufan, angin ribut
  • Kerugian sewa (Perlindungan tambahan)
  • Liabiliti awam (Perlindungan tambahan)

Sekiranya anda mendiami sendiri rumah anda, cukup sekadar anda mengambil pelan asas. Tetapi sekiranya anda menyewakan rumah anda kepada orang lain, Hani cadangkan anda mengambil pelan perlindungan tambahan.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perlindungan ini, anda boleh hubungi Hani di 019-4367014 atau just klik link whatsapp ini www.wasap.my/60194367014








0 Comments