Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Sudah pasti anda pernah dengar tentang pelan perlindungan pendapatan atau pelan penggantian pendapatan bukan? atau dalam bahasa inggeris kita panggil income replacement plan atau income protection plan? Saya yakin anda pernah dengar sebab itu anda membuat carian di google untuk memahami lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan pelan penggantian /perlindungan pendapatan (replacement /protection income).
Pelan Perlindungan pendapatan (income protection plan) atau Pelan Penggantian pendapatan (income replacement plan) adalah suatu pelan yang berperanan untuk melindungi dan menggantikan pendapatan peserta Takaful sekiranya berlaku salah satu daripada perkara berikut;
- Kematian
- Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (HUKM)
- Penyakit kritikal
- Penyakit kritikal peringkat awal
Tujuan pelan perlindungan pendapatan (income protection plan) atau pelan penggantian pendapatan (income replacement plan) adalah untuk meringankan beban pasangan atau keluarga peserta Takaful sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti yang saya senaraikan di atas kepada pencarum Takaful.
Pernahkan anda lihat saudara-mara, rakan, jiran atau sahabat anda yang diberhentikan kerja akibat kemalangan atau kecacatan yang dialami? Apa terjadi kepada mereka, isteri dan anak-anak mereka?
Bukan tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa melalui perkongsian gambar keratan akhbar ini, tetapi sekadar berkongsi cerita agar keluarga kita tidak mengalami penderitaan yang sama seperti yang dialami oleh mereka.
Siapakah Yang wajar Memiliki Pelan Perlindungan Pendapatan (Income Protection Plan) Atau Pelan Penggantian Pendapatan (Income Replacement Plan)?
Ketua keluarga atau pencari nafkah untuk keluarga (breadwinner) wajar pertimbangkan untuk memiliki pelan perlindungan pendapatan (income protection plan) atau pelan penggantian pendapatan (income replacement plan) ini.
Kenapa ketua keluarga?
Cuba anda bayangkan, selama bertahun-tahun anda membina keluarga dan anda adalah tempat di mana isteri dan anak-anak atau ibu bapa anda bergantung. Anda lah orang yang bertanggungjawab untuk membeli makanan untuk keluarga anda. Anda lah orang yang bertanggungjawab untuk membayar yuran sekolah anak-anak. Andalah orang yang bertanggungjawab membayar bil-bil hospital atau klinik ibu bapa anda.
Apa terjadi kepada keluarga anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda secara mengejut? Siapa yang akan membeli makanan untuk keluarga anda pada keesokkan hari? Siapa yang akan membayar yuran pendidikan anak-anak? Siapa yang akan membayar bil hospital dan klinik ibu bapa anda?
Di sini lah pentingnya pelan penggantian pendapatan untuk anda. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda, sekurang-kurangnya anda sudah ada back up plan untuk keluarga anda. Remember, bila kita buat sesuatu perancangan, always ada plan A dan Plan B. Pelan penggantian pendapatan (Income replacement plan) inilah plan B untuk anda dan keluarga anda.
Bagaimana untuk menentukan atau membuat pengiraan jumlah pelan penggantian pendapatan yang diperlukan sekiranya berlaku musibah seperti meninggal dunia atau cacat kekal?
Anda perlu melindungi keluarga anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun sekiranya sesuatu musibah berlaku kepada anda kerana dalam tempoh tersebut, keluarga anda masih ada masa untuk mula membina hidup baru dan mendapat pendapatan yang tetap.
Contoh,
Gaji anda sebulan = RM3000
Gaji setahun = RM36,000
Manfaat dari Pelan Penggantian Gaji: RM36,000 x 10 tahun = RM360,000
Ini bermakna, keluarga anda memerlukan RM360,000 manfaat perlindungan sekiranya sesuatu musibah berlaku kepada anda.
Sekurang-kurangnya keluarga anda boleh gunakan wang tersebut untuk meneruskan hidup sekiranya berlaku musibah seperti meninggal dunia/cacat kekal.
Bagaimana untuk menentukan atau membuat pengiraan jumlah pelan penggantian pendapatan yang diperlukan sekiranya berlaku musibah seperti penyakit kritikal?
Untuk mengira manfaat penyakit kritikal, disarankan anda menyediakan 3 hingga 5 kali gaji tahunan anda. Untuk penyakit kritikal peringkat awal (Early critical illness) pula, disarankan 1 kali gaji tahunan anda.
Sebagai contoh,
Gaji sebulan anda = RM3000
Gaji setahun = RM36,000
Manfaat penyakit kritikal = RM36,000 x 5 tahun = RM180,000 atau
= RM36,000 x 3 tahun = RM108,000
Manfaat penyakit kritikal awal = RM36,000 x 1 tahun = RM36,000
AIA takaful menyediakan beberapa plan perlindungan / Penggantian pendapatan bersama rider penyakit kritikal di mana terdapat 45 jenis penyakit kritikal yang akan dilindungi oleh AIA seperti senarai di dalam gambar di bawah:
Setakat ini anda jelas? Sekiranya anda memerlukan penjelasan lebih lanjut dan ingin membuat perancangan untuk masa depan anda, anda boleh hubungi saya dengan cara klik whatsapp link di bawah:
Sebut Harga Pelan Penggantian Pendapatan
Saya akan membantu anda untuk menyediakan sebut harga dan rundingan yang bersesuaian dengan budget anda.
0 Comments