Seperti yang kita semua tahu, Vaksin pertama dah selamat tiba di Malaysia pada 21 Februari baru-baru ni dan Perdana Menteri kita sudah pun disuntik dengan vaksin di mana beliau adalah orang pertama yang mendapat suntikan vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat iaitu Pfizer. Maka, bermulalah Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan pada 24 Februari 2021.
Foto: Muzzafar Kasim |
Pemberian vaksin ini akan diberikan secara berperingkat dimana peringkat pertama (Februari - April 2021) akan diberikan kepada petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan untuk memastikan mereka terlindung dari jangkitan COVID-19.
Peringkat kedua pula akan diberikan kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan yang mempunyai penyakit kronik yang bermula pada April - Ogos 2021.
Peringkat ketiga iaitu bermula Mei 2021 hingga Februari 2022 akan diberikan kepada penduduk yang berumur 18 tahun ke atas yang berada di kawasan kluster berisiko tinggi. Tiada vaksin akan diberikan kepada individu yang berumur 18 tahun ke bawah. Ini kerana kebanyakan percubaan klinikal hanya dijalankan ke atas sukarelawan yang berumur 18 tahun ke atas. Belum ada ujian klinikal yang dijalankan ke atas kanak-kanak. So, kerajaan hanya akan berikan vaksin kepada kanak-kanak sekiranya terdapat data saintifik yang yang membuktikan keberkesanan vaksin ini terhadap kanak-kanak.
So far, kebanyakan negara yang telah memulakan program vaksinasi sudah mula menunjukkan penurunan kes baru COVID-19 di negara masing-masingan seperti di US yang menunjukkan penurunan kes baru selepas melancarkan program vaksinasi.
Di sebalik kegembiraan kita dengan ketibaan vaksin COVID-19, tak dinafikan terdapat kegusaran dan kerisauan kita terhadap kesan sampingan vaksin COVID-19 ini.
Antara kesan sampingan COVID-19 yang dikenalpasti adalah seperti sakit, bengkak dan kemerahan di tempat suntikan, penat, sakit kepala, menggigil, sakit sendi, demam, loya, rasa tak sihat, bengkak kelenjar limfa dan kesan sampingan lain yang dilaporkan dari semasa ke semasa. Namun demikian, kesan sampingan yang dilaporkan ini adalah ringan dan bersifat sementara sahaja.
Sekiranya anda mempunyai medical card AIA, anda tak perlu risau kerana AIA sedia untuk melindungi anda dari sebarang kesan sampingan akibat suntikan vaksin COVID-19.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi agent AIA anda tetapi sekiranya anda belum mempunyai medical card bersama AIA, anda boleh klik whatsapp link di bawah untuk sebarang pertanyaan dan rundingan.
0 Comments