TIADA PRODUK HIBAH DALAM TAKAFUL.

 


Pernah beberapa kali ada prospek datang jumpa Hani.

"Hani, saya nak buat hibah"

"Hibah apa? Hibah takaful atau hibah harta?"

"Tak tahu tapi saya nak buat hibah"

Hani jadi confuse dengan mereka yang confuse tentang hibah. 

Sebenarnya tiada produk hibah dalam takaful. Hibah adalah hadiah.

Dalam takaful, hibah adalah kaedah yang digunakan untuk menyerahkan wang perlindungan takaful sekiranya anda meninggal dunia. 

Contoh, semasa anda masih hidup, anda berhasrat untuk menyerahkan wang perlindungan takaful sebanyak RM500,000 kepada isteri sebagai hadiah sekiranya anda meninggal dunia. 

Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menyerahkan wang perlindungan takaful tersebut sebagai satu hibah (hadiah) atau dengan cara faraid.

Sekiranya anda memilih untuk menyerahkan wang perlindungan tersebut sebagai hibah kepada isteri 100%, maka pihak takaful akan menyerahkan wang RM500,000 itu kepada isteri dan wang tersebut menjadi hak isteri sepenuhnya. 

Namun demikian, sekiranya anda mahu wang tersebut dibahagikan secara faraid, anda hanya perlu menamakan wasi yakni pemegang amanah yang akan menerima wang perlindungan takaful tersebut.

Setelah wasi menerima wang tersebut, wasi bertanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut dengan cara faraid. 

Kedua dua kaedah ini mengambil masa yang sama sahaja. Kalau tiada isu, Dalam masa 2 minggu hingga sebulan dah selesai. Pihak takaful akan masukkan wang perlindungan tersebut ke dalam akaun penerima hibah atau wasi. 

Sebelum anda menyumbang dalam takaful, anda perlu faham tujuan dan matlamat anda mengambil perlindungan takaful.

Apa yang anda ingin lindungi?

Adakah anda ingin lindungi diri anda atau keluarga anda?

Apa perancangan anda?

Adakah anda ingin wang perlindungan takaful diserahkan kepada seseorang yang anda sayang dengan cara hibah?

Atau adakah anda lebih senang wang perlindungan takaful anda diserahkan kepada waris anda secara faraid kerana anda percaya kaedah tersebut lebih tepat dan adil.

Berapa jumlah jumlah wang yang anda perlukan untuk melindungi harta anda?

Berapa jumlah yang anda mampu untuk bayar perlindungan takaful setiap bulan?

Anda perlu faham dan tanya diri anda dulu sebelum anda menyumbang dalam takaful supaya anda tidak tersalah dalam merancang kewangan anda. 

Sekiranya anda memerlukan sebarang nasihat, hubungi Hani di 019-4367014 atau klik sahaja link dibawah untuk whatsapp

www.wasap.my/60194367014


0 Comments