Kenapa Hibah Rumah Itu Penting?
Ramai yang beranggapan rumah secara automatik akan jatuh kepada pasangan atau anak-anak apabila mereka tiada. Namun, hakikatnya, tanpa hibah, rumah akan melalui proses faraid dan boleh menyebabkan:
❌ Pembahagian tidak seperti yang diinginkan – Waris yang tidak tinggal di rumah mungkin menuntut bahagian mereka, menyebabkan pasangan atau anak-anak terpaksa berpindah.
❌ Proses tuntutan yang panjang – Tanpa dokumen yang jelas, urusan pembahagian boleh mengambil masa bertahun-tahun.
❌ Pertikaian keluarga – Tidak semua waris bersetuju dengan pembahagian faraid, yang boleh menimbulkan konflik berpanjangan.
Dengan hibah, anda boleh memastikan rumah yang anda tinggalkan menjadi milik mutlak waris yang anda inginkan tanpa melalui proses faraid.
Siapa Perlu Buat Hibah Rumah?
Hibah rumah bukan hanya untuk golongan kaya atau mereka yang berusia. Jika anda dalam situasi berikut, hibah rumah perlu dipertimbangkan segera:
✅ Pasangan suami isteri – Jika anda ingin memastikan pasangan terus memiliki rumah yang mempunyai kenangan manis antara anda bersama pasangan tanpa perlu berkongsi dengan waris lain. Sanggupkah anda membiarkan rumah tersebut dijual untuk dibahagikan mengikut faraid?
✅ Pasangan suami isteri yang mempunyai anak perempuan sahaja – Jika ingin memastikan anak-anak perempuan anda memiliki rumah tanpa perlu berkongsi dengan waris lain kerana anak perempuan bukanlah waris assobah. Sekiranya anda sudah tiada bapa, adik beradik anda jugak mempunyai hak faraid ke atas rumah anda.
✅ Pasangan suami isteri yang mempunyai anak angkat – Mengikut hukum, anak angkat bukanlah waris. Maka anak angkat tidak berhak mewarisi satu sen pun dari harta anda sedangkan anda sudah menyanyangi anak tersebut seperti anak sendiri. Dengan hibah, anda boleh berikan harta anda kepada sesiapa pun termasuk lah anak angkat anda.
✅ Ibu bapa tunggal – Sebagai ibu bapa tunggal, anda telah berusaha keras membanting tulang untuk menafkahi anak-anak. Cuba bayangkan sekiranya anda tiada nanti, bagaimana keadaan anak-anak? Di manakah tempat yang mereka boleh berlindung?
✅ Individu yang tidak berkahwin membeli rumah seorang diri – Pernah tak anda terfikir, apabila anda tiada nanti, kepada siapa anda ingin wariskan harta anda? Jika ingin memberi rumah kepada ibu bapa, adik-beradik, atau sesiapa yang anda percaya tanpa melalui faraid, sebaiknya anda buat lah hibah rumah
Bagaimana Proses Hibah Rumah Berfungsi?
1️⃣ Kenal pasti siapa penerima hibah – Pastikan waris yang ingin anda berikan rumah secara mutlak.
2️⃣ Dapatkan dokumen perundangan yang sah – Buat dokumen hibah yang disediakan oleh pihak yang bertauliah.
3️⃣ Pastikan rumah tiada sekatan – Rumah yang masih dalam pinjaman perlu mendapat kelulusan bank atau melalui hibah bersyarat.
4️⃣ Sahkan dokumen dan rekodkan dengan betul – Pastikan segala urusan dibuat dengan dokumen sah dan mengikut undang-undang.
Bersedia untuk Hibah Rumah? Jangan Tunggu Sehingga Terlambat!
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang hibah rumah dan bagaimana ia boleh membantu anda mengelakkan masalah di masa depan, hubungi saya hari ini. Saya sedia membantu anda dalam perancangan hibah dan perlindungan harta pusaka.
Contact saya atau klik pautan ini untuk konsultasi percuma!
Jangan biarkan harta menjadi punca beban kepada keluarga tersayang. Bertindak sekarang dan nikmati ketenangan jiwa.
0 Comments