5 Keadaan Yang Membolehkan Anda Elak Makan Malam Anda

Ramai antara kita yang seboleh-bolehnya cuba elak untuk mengambil makan malam sebab nak kurus. 

Ada juga yang masih tertanya-tanya, patut kah kita skip dinner untuk turunkan berat badan?

Pada saya tidak menjadi masalah untuk mengambil makan malam tapi perlulah berpada-pada. As long as kita jaga pengambilan kalori dan makan tetap pada masanya sudah memadai.

Tak berbaloi kalau kita sakit semata-mata untuk kurus.

Tapi kalau anda rasa bersalah pada diri sendiri sebab makan pada waktu malam, di sini saya senaraikan perkara yang anda boleh lakukan di siang hari supaya anda dapat elak makan pada waktu malam.


1. Makan banyak pada waktu siang tanpa melakukan apa-apa senaman

Kita kadang-kadang mungkin rasa stress ketika di tempat kerja menyebabkan kita makan secara berlebihan pada waktu tengah hari.

Hidangan seperti burger, kentang goreng, sepotong kek dah cukup untuk menambah kalori anda sebanyak 700 - 1000 kcal.

Sekiranya anda mengambil kalori yang berlebihan pada waktu siang dan tidak melakukan apa jenis senaman selepas itu, anda boleh pertimbangkan untuk menutup dapur anda pada waktu malam demi menyelamatkan pinggang anda. 


2. Bersenam pada waktu tengah hari

Ramai di antara kita yang memilih untuk bersenam pada waktu petang selepas office hour tetapi tidak dinafikan terdapat juga segelintir daripada kita memilih untuk bersenam pada waktu lunch break. 

Mungkin sebab after office hour mereka terpaksa berkejar masa untuk mengambil anak di sekolah. 

Bagi anda yang memilih untuk bersenam pada waktu tengah hari, anda disarankan untuk mengambil sarapan yang lengkap atau lebih berat.

Anda boleh cuba untuk mengambil makanan ringan sebelum dan semasa bersenam seperti healthy cookies untuk mengisi perut sekaligus memberi tenaga kepada anda. 

Apabila tiba waktu malam, anda boleh memilih untuk minum secawan susu untuk menggantikan makan malam anda. 


3. Makan ringan waktu petang dengan kuantiti yang banyak

Sebenarnya cara diet yang betul dan sihat adalah makan lima atau enam kali dengan kuantiti yang sedikit. Bukannya makan dua atau tiga kali dengan kuantiti yang banyak. 

Untuk elak pengambilan makan malam, anda mungkin boleh makan lebih sedikit pada waktu tengah pagi dan tengah hari. 

Dengan pengambilan makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap, badan anda akan mengurangkan penukaran makanan kepada lemak dan mampu mengekalkan kadar gula dalam darah secara berterusan. Ini menyebabkan anda akan rasa kurang lapar. 

Tetapi, anda harus berhati-hati dan berdisiplin dengan kuantiti makanan yang anda ambil itu. 

Sesetengah orang mungkin akan terlajak ambil kalori lebih disebabkan oleh tidak mampu menahan nafsu. 

Dalam kes ini, cara yang lebih baik untuk mengimbangkan semula pengambilan kalori anda adalah dengan membatalkan makan malam anda.


4. Tidur awal dan senaman pada waktu pagi

Ada sebilangan daripada anda mungkin sudah terbiasa tidur lebih awal dan bersenam selepas sarapan keesokkan harinya.

Dalam kes ini, untuk mengelakkan kenaikan berat badan semasa tidur, anda boleh skip makan malam anda dan banyakkan makan ketika sarapan dan dan makan tengah hari untuk beri tenaga yang mencukupi untuk anda. 


5. Obesiti

Secara teorinya, sekiranya BMI anda melebihi 24, anda tergolong dalam golongan yang mempunyai berat badan berlebihan.

Seseorang dengan peratusan lemak badan 20% - 30% biasanya dapat mencapai hasil pembakaran lemak yang luar biasa dengan kombinasi diet yang sihat dan program senaman yang wajar dalam 3 - 6 bulan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang benar-benar gemuk dengan BMI lebih dari 28 dan peratusan lemak badan melebihi 30%, sekiranya anda berjalan dengan pantas akan menyebabkan kerosakan pada sendi lutut anda.

Oleh itu, bagi golongan ini lebih baik anda memulakan proses penurunan berat badan anda dengan diet tanpa makan malam.

Setelah berat badan anda berjaya dikurangkan pada angka yang lebih rendah, anda boleh mula melakukan senaman seperti senaman cardio setiap hari.

Seterusnya anda boleh lakukan senaman untuk build muscle atau body toning. 

Oleh itu, ingatlah bahawa rancangan diet yang sihat dan berkhasiat adalah langkah pertama untuk menurunkan berat badan bagi golongan ini. 


Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda menjalani kehidupan yang lebih cergas dan sihat. 






0 Comments