Penting Untuk Anda Tahu Dalam Keadaan Apa Insurans dan Takaful Perubatan Tidak Akan Melindungi Anda.

Bagi mengelakkan salah faham pelanggan yang mungkin akan fikir asalkan masuk hospital je semua boleh cover.

Sebenarnya tak semua akan cover. Masih ada pengecualian sebab itu di sini saya ingin senaraikan perkara-perkara yang AIA TIDAK akan cover untuk mengelakkan salah faham anda. Saya rasa syarikat Insurans dan Takaful yang lain pun sama juga tak akan cover jenis-jenis penyakit di bawah ini.


1. Penyakit Sedia Ada

Mana-mana insurans dan takaful pun tak akan cover sebarang penyakit sedia ada anda sekiranya anda tidak nyatakan di dalam borang submission. Sebab itu penting untuk anda jelaskan kepada agent anda sebarang penyakit yang anda alami. 

Tertakluk kepada underwriter sama ada akan terima atau tidak. Certain case akan terima. Bergantung kepada tahap keseriusan penyakit anda. Saya pernah declare penyakit darah tinggi pelanggan saya dan underwriter approve tanpa sebarang kos tambahan mahupun pengecualian. Mungkin kerana penyakit darah tinggi yang dia alami itu tidak begitu serius.

Sebab itu penting untuk anda jelaskan penyakit yang anda alami. Sama ada permohonan anda akan diluluskan atau tidak, ia bergantung kepada penilaian dari underwriter.

2. Penyakit-penyakit tertentu

Penyakit tertentu yang dimaksudkan di sini adalah:

  • Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular
  • Semua tumor, cyst, nodul, polip, batu dalam sistem air kencing
  • Semua gejala-gejala di telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  • Hernia, hemeroid, fistula, hidrosele, varikosele
  • Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
  • Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut
Sekiranya anda didiagnos penyakit tersebut dalam tempoh 120 hari selepas permohonan takaful anda diluluskan, anda tidak akan mendapat perlindungan dari AIA. 

Tetapi sekiranya ada didiagnos penyakit tersebut selepas tempoh 120 hari permohonan takaful anda diluluskan, anda akan mendapat perlindungan dari AIA.

3. Sebarang keabnormalam perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran dan neonatal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelahiran. 

Ini termasuklah:

  • segala jenis hemia dan epilepsi kecuali ia disebabkan oleh trauma yang berlaku selepas tarikh kelulusan permohonan takaful
  • sebarang keadaan kongenital atau keadaan keturunan yang berlaku sebelum seseorang yang dilindungi itu mencapai umur 17 tahun. Contoh: Kanak-kanak yang menghidapi sindrom down tidak akan mendapat perlindungan takaful sehingga umur mereka 17 tahun.
4. Sebarang hilang upaya disebabkan perbuatan mencederakan diri sendiri secara sengaja sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

Contoh: Ah Meng cuba terjun dari bangunan 2 tingkat dalam keadaan mabuk dan mengalami kecederaan di tulang belakang. Walaupun Ah Meng mempunyai perlindungan Insurans tapi Insurans tidak akan cover kos perubatan akibat kecederaan tersebut.

5. Kecederaan akibat peperangan, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau sebarang operasi ketenteraan.

Contoh: Abu menyertai perhimpunan rusuhan yang diakhiri dengan adegan pukul-memukul dan secara tidak sengaja, Abu yang kebetulan berada disitu turut tercedera dipukul. Kos perubatan Abu tidak akan dilindungi oleh AIA atau mana-mana syarikat takaful yang lain.

6. Berkhidmat dalam angkatan bersenjata

Sekiranya anda adalah seorang askar dan terlibat dalam peperangan atau memegang senjata ketika bertugas, kecederaan yang anda alami ketika itu tidak akan dilindungi.

7. Sebarang perlanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.

Contoh: Muthu yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah telah ditahan oleh polis telah mengalami kecederaan ketika cubaan melepaskan diri dari tahanan polis. Kecederaan yang dialami oleh Muthu tidak akan dilindungi oleh Insurans atau Takaful.

8. Kehamilan, keguguran atau melahirkan anak.

Sebarang kos perubatan ketika hamil, keguguran atau melahirkan anak tidak akan dilindungi.

9. Penyakit mental atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak atau penagihan dadah serta segala komplikasi yang timbul akibat perbuatan mengambil dadah tidak akan dilindungi.

10. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan (kecuali khatan akibat jangkitan penyakit), pemeriksaan serta pembedahan mata akibat rabun (lasik), dan kos membeli alat prostetik seperti alat bantuan pendengaran, kaki palsu dan seangkatan dengannya tidak akan mendapat perlindungan.

Contoh: Ali mengalami kecederaan ketika kemalangan menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Jadi, Ali ingin membeli kaki palsu untuk menggantikan kakinya yang hilang itu. Kos membeli kaki palsu tersebut tidak akan ditanggung oleh AIA. 

11. Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian.

 Melainkan rawatan dan pembedahan tersebut dilakukan akibat kecederaan atau kemalangan tapi tidak termasuk penggantian gigi asal, gigi palsu, crown dan bridges.

Contoh: Lisa mengalami kemalangan yang menyebabkan kecederaan di gigi dan gusi yang memerlukan pembedahan. Segala kos pembedahan gusi dan pengeluaran gigi akan dilindungi namun kos untuk memasang gigi palsu pada gigi yang telah dicabut tersebut tidak akan dilindungi. 

12. Penghospitan yang tidak berkaitan rawatan hilang upaya yang dilindungi.

Atau dalam bahasa mudah rawatan yang tidak perlu atau tidak penting dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar perubatan, dietician atau rawatan khusus untuk mengurangkan/menaikkan berat badan.

Contoh: Siti yang merasakan dirinya gemuk telah ke hospital untuk mendapatkan rawatan menyedut lemak dari badannya. Kos rawatan tersebut tidak akan ditanggung oleh AIA.

13. Sebarang kos rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi perubatan atau penyembuhan tidak akan dilindungi.

Contoh: Hitrik dan Kareena sudah 4 tahun berkahwin, namun mereka belum dikurniakan anak. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan menyiasat apakah masalah mereka sehingga mereka tidak mampu melahirkan zuriat. Kos yang terlibat dalam siasatan tersebut tidak akan dilindungi. 

14. Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari pertama selepas permohonan takaful anda diluluskan.

Contoh: selepas 10 hari permohonan insurans/takaful Lutchmi diluluskan, didapai Lutchmi mengalami appendiks. Kos pembedahan pembuangan appendiks tersebut tidak akan dilindungi. 

15. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear. 

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang plan takaful dari AIA, anda boleh skrol ke bawah page ini. Terdapat email, phone number dah contact form untuk anda menghubungi saya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

0 Comments