ETF vs. Private Mandate: Apa Beza & Mana Lebih Sesuai?

private mandate, ETF, investment, saham, financial


Semalam, saya menerima satu soalan menarik daripada seorang pelanggan yang ingin memahami lebih lanjut tentang perbezaan antara Exchange-Traded Fund (ETF) dan Private Mandate. Kebimbangan utama beliau adalah tentang pemilihan saham dalam Private Mandate – adakah semuanya patuh syariah? Dan adakah mungkin ada saham dari syarikat yang beliau boikot?

Sebagai penasihat kewangan, saya memahami keperluan untuk memastikan setiap pelaburan selari dengan nilai dan prinsip individu, terutama dalam aspek patuh syariah dan etika pelaburan. Jadi, saya kongsikan di sini huraian yang saya berikan kepada pelanggan tersebut, semoga dapat membantu lebih ramai yang mencari jawapan serupa!


Apa itu ETF?

ETF adalah sejenis produk pelaburan yang mengandungi pelbagai saham, bon atau aset lain dan boleh dijual beli di bursa saham (Stock Exchange) seperti Bursa Malaysia atau NYSE. Ia berfungsi seperti unit trust tetapi boleh dibeli dan dijual seperti saham biasa. Ia juga memberikan kepelbagaian (diversification) kepada pelabur dengan kos yang lebih rendah.


Ciri-ciri utama ETF:

  • Senang diakses melalui broker atau platform pelaburan.
  • Kos pengurusan rendah berbanding unit trust.
  • Pelabur boleh memilih ETF yang khusus kepada saham patuh syariah seperti MyETF-DJIM25 atau MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend.


Kemungkinan tidak patuh syariah
– Walaupun ada ETF yang patuh syariah, sesetengah ETF mungkin mengandungi saham syarikat yang tidak patuh syariah atau tidak menepati prinsip pelabur tertentu, bergantung kepada metodologi saringan yang digunakan.


Apa itu Private Mandate?

Private Mandate pula adalah pelaburan yang dikendalikan secara profesional oleh portfolio manager. Ini membolehkan pelabur mendapat pendedahan kepada syarikat-syarikat besar yang telah ditapis berdasarkan kriteria patuh syariah mengikut keperluan dan objektif pelabur. Dalam kes ini, saham-saham dipilih secara spesifik untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pelabur.


Ciri-ciri utama Private Mandate:


  • Lebih fleksibel kerana pelabur boleh memilih sektor atau syarikat tertentu.
  • Dikelola oleh fund manager profesional yang akan menyesuaikan portfolio mengikut keadaan pasaran.
  • Dalam kes pelaburan patuh syariah, semua saham akan disaring berdasarkan kriteria Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Adakah Private Mandate Mengandungi Saham Tidak Patuh Syariah?

Pelanggan saya risau jika ada saham yang tidak patuh syariah atau saham syarikat yang beliau boikot termasuk dalam pemilihan saham private mandate. Ini adalah kebimbangan yang wajar kerana dalam sesetengah Private Mandate, pemilihan saham dilakukan oleh fund manager tanpa kawalan ketat dari pelabur.

Namun, saya meyakinkan beliau bahawa dalam Private Mandate yang saya uruskan, semua saham adalah dari syarikat Malaysia yang telah disaring mengikut prinsip syariah mengikut kehendak pelabur ketika mengisi borang account opening. Malah, saya turut memberikan senarai penuh saham dalam portfolio Private Mandate beliau untuk memastikan ketelusan.

Beberapa contoh saham yang dipilih dalam portfolio tersebut:

  • Bursa Malaysia Berhad
  • CTOS Digital Berhad
  • Petronas Chemical Group Berhad
  • Sime Darby Berhad
  • Sunway Berhad
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Time Dotcom Berhad

Kesemua saham ini merupakan saham Malaysia yang patuh syariah. Selepas melihat sendiri senarai tersebut, barulah pelanggan saya berasa lega dan lebih yakin dengan pelaburan yang dibuat.


Kesimpulan: Mana Lebih Sesuai?

ETF sesuai untuk mereka yang mahu pelaburan pasif dengan kos rendah tetapi perlu berhati-hati dalam memilih ETF yang benar-benar patuh syariah.

Private Mandate sesuai untuk mereka yang mahu kawalan lebih dalam pemilihan saham dan boleh memastikan kesemua pelaburan adalah patuh syariah serta selari dengan nilai peribadi.


Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Yang penting, pastikan setiap pelaburan selari dengan objektif kewangan serta prinsip yang dipegang.

Kalau anda ada sebarang soalan tentang pelaburan private mandate atau bagaimana membina portfolio pelaburan yang bersih dan beretika, jangan segan untuk hubungi saya! 😊



0 Comments

Newest