PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS YANG RAMAI TAK TAHU


Rupanya masih ramai yang belum jelas tentang perbezaan antara TAKAFUL dengan INSURANS.

Masih ada yang ingat takaful dan insurans itu adalah sama.

Walaupun kedua-duanya memainkan peranan yang sama iaitu memberi perlindungan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga ke atas anda namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana ia berfungsi.

Takaful dianggap insurans versi islamik dan ia tidak terhad kepada orang Islam sahaja, mereka yang bukan Islam juga boleh melanggan dan menerima manfaat takaful.

Perbezaan Konsep

Asasnya, INSURANS adalah jual beli melibatkan orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (penanggung risiko). Anda membeli servis dan perlindungan dari syarikat insurans dengan cara membuat bayaran berkala yang dipanggil premium.

Premium yang anda bayar secara berkala tersebut akan dilaburkan oleh syarikat insurans melibatkan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang tidak patuh syariah.

TAKAFUL menggunakan konsep pertolongan bersama di mana setiap peserta takaful akan menyumbang wang mereka secara bulanan, quarterly, semi annually atau annually ke dalam satu tabung takaful yang dikendalikan oleh syarikat takaful. 

Sekiranya salah seorang penyumbang menerima musibah, wang sumbangan yang terkumpul itu akan digunakan untuk membantu penyumbang tersebut. 

Sama seperti insurans, pengendali takaful akan menggunkan wang sumbangan tersebut untuk dilaburkan di syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang patuh syariah. 

Perkongsian Lebihan

Pernah tak pada hujung tahun, tiba-tiba anda menerima wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank anda dari syarikat takaful?

Wang tersebut merupakan lebihan sumbangan. Setiap tahun, sekiranya wang sumbangan melebihi tuntutan, wang lebihan tersebut akan dibayar kepada penyumbang. Sebagai contoh, jumlah sumbangan takaful pada tahun 2020 di syarikat A adalah RM1 juta manakala jumlah tuntutan yang dibuat pada tahun tersebut adalah RM800 ribu. RM200 ribu lebihan tersebut akan diserahkan kepada penyumbang seperti anda mengikut kiraan tertentu. Ada sesetengah syarikat takaful akan bahagi sama rata kepada semua penyumbang dan ada syarikat takaful akan bahagi mengikut jumlah sumbangan yang anda buat.

Namun demikian, sekiranya jumlah tuntutan pada tahun tersebut melebihi jumlah sumbangan terkumpul, pihak pengendali takaful berhak untuk meminta sumbangan tambahan daripada anda. 

Sekiranya anda menolak untuk menambah sumbangan, tempoh perlindungan anda berkemungkinan akan dikurangkan. Sebagai contoh, tempoh perlindungan anda adalah selama 20 tahun. Pada tahun 2020, terdapat banyak tuntutan dan tabung takaful tidak mencukupi untuk membayar tuntutan tersebut. Pihak takaful akan meminta anda untuk menambah sumbangan anda. Sekiranya anda menolak, pihak pengendali takaful akan melindungi anda sehingga tahun ke 15 sahaja.

Perkongsian lebihan atau surplus ini tiada di dalam polisi insurans.

Penamaan Hibah Bersyarat

Dalam TAKAFUL, anda boleh memilih untuk menyerahkan wang manfaat melalui kaedah hibah atau wasi (melantik pemegang amanah)

Sekiranya anda tidak berhasrat untuk mengagihkan wang manfaat tersebut dengan cara faraid, anda boleh memilih kaedah hibah. 

Namun demikian, sekiranya anda berhasrat untuk mengagihkan wang manfaat takaful menggunakan kaedah faraid, anda boleh memilih wasi iaitu pemegang amanah. Ini bermakna wang manfaat takaful tersebut akan diserahkan kepada pemegang amanah yang dilantik dan pemegang amanah tersebut hendaklah mengagihkan wang tersebut secara faraid. 

Penting untuk anda jelaskan kepada pemegang amanah tersebut bahawa wang manfaat takaful tersebut bukan wang hibah kerana bimbang pemegang amanah tidak tahu dan termakan hak waris faraid yang lain. 

Kesimpulannya, TAKAFUL adalah instrument kewangan yang patuh syariah manakala INSURANS adalah instrument kewangan yang tidak patuh syariah walaupun kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu melindungi anda dari sebarang musibah.

Sebagai orang Islam, adalah wajib untuk kita memilih instrument kewangan yang patuh syariah kerana perjalanan hidup kita bukan sahaja terhenti di dunia tetapi sehingga ke akhirat.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang takaful, anda boleh hubungi saya di 019-4367014 atau klik sahaja link di bawah.

www.wasap.my/60194367014/

Saya sedia untuk membantu anda. 

0 Comments