Ini 5 sebab kenapa anda perlu mengambil takaful sebelum umur 35 tahun

 


Assalamualaikum semua...

Bila sebut sahaja tentang takaful atau insurans, mesti ada yang rasa bosan atau meluat.

Bila ada kawan-kawan anda yang bekerja sebagai agent takaful call nak jumpa, mesti dalam fikiran anda,

"ah... dia ni mesti nak jual insurans kat aku ni"

Padehal dia mungkin saja-saja nak lepak dengan anda sebab lama tak jumpa.

Orang muda especially, mereka tak nampak lagi tentang kepentingan takaful. Mereka baru merasa mempunyai wang hasil titik peluh mereka sendiri dan kalau boleh nak merasa la duit tu dulu beli kereta mahal, beli motosikal berkuasa tinggi, beli iphone yang paling latest dan sebagainya. 

Mereka merasakan yang mereka masih sihat dan tidak mempunyai keperluan untuk membeli perlindungan takaful.

"Buat apa bayar takaful setiap bulan, membazir ja"

Betul? Tak perlu nak jadi denial sangat sebab saya sendiri pun pernah muda juga dahulu dan saya dah lalui fasa ini. haha

Sebab itu kalau boleh saya tak mahu adik-adik yang saya kasihi semua mendapat kesan buruk seperti saya akibat keangkuhan saya ketika masih muda dan sihat dahulu. 

Namun demikian, bila berlaku kejadian seperti kemalangan dan penyakit, saat itu lah baru kita akan mula fikirkan tentang keperluan dan kepentingan takaful.

Tahukah anda bahawa setiap tahun purata peningkatan kos perubatan di Malaysia meningkat sebanyak 2 angka?

Sekiranya anda sudah mempunya perlindungan RM600,000 seumur hidup sekarang, belum tentung jumlah itu mencukupi pada masa akan datang.

Di sini saya senaraikan 5 sebab kenapa anda perlu mempunyai perlindungan takaful sebelum menjejak umur 35 tahun.

#1 Harga sumbangan setiap bulan yang lebih murah

Biasanya pelan dan pakej berbeza mengikut umur kerana semakin meningkat umur kita maka semakin kita terdedah kepada penyakit-penyakit.  Sekiranya anda masih muda, anda mempunyai kelebihan dimana harga sumbangan bulanan anda lebih murah dengan perlindungan yang lebih tinggi. 

#2 Menjimatkan tempoh menunggu

Jangan biarkan tempoh menunggu bagi takaful anda menghalang anda untuk membuat tuntutan. Mana-mana plan takaful atau insurans pasti ada tempoh menunggu. 

tujuan tempoh menunggu ini adalah untuk memastikan anda sihat dan tidak berpenyakit ketika membuat permohonan perlindungan takaful. 

Ini kerana insurans dan takaful adalah untuk mereka yang sihat. Analoginya, anda membuat kutipan duit kutu dengan jumlah RM10 seorang sebulan bersama 5 orang sahabat anda. Setiap orang sahabat anda akan terima RM50 mengikut giliran yang sudah dipersetujui. 

Tiba-tiba, ada seorang sahabat anda perlukan duit dan tak mampu tunggu giliran dia yang ke-5. Jadi, dia minta nak skip giliran dia jadi orang pertama. 

Anda rasa, apa perasaan anda dan kawan-kawan anda yang lain? sedangkan pada awalnya anda berlima sudah berjanji dan bersetuju dengan giliran tersebut. 

Perkara ini berulang setiap kali anda bermain kutu dengan dia. Pasti lepas ini anda akan singkirkan dia dari group kutu kan?

Sama juga seperti konsep takaful. Apa perasaan peserta-peserta takaful yang lain sekiranya hanya anda sahaja yang selalu claim. Dan bila sampai giliran peserta lain ingin claim disebabkan penyakit tertentu, tabung takaful dah tak cukup untuk menanggung kos penyakit dia. 

Kerana itulah tempoh menunggu diperlukan untuk memastikan tiada peserta yang menyembunyikan penyakitnya ketika membuat permohonan perlindungan takaful. Ini untuk memastikan keadilan kepada semua pihak yang menyumbang dalam takaful. 

Oleh itu, lebih baik anda mendaftar awal ketika masih muda. Sekurang-kurangnya ketika anda ditimpa musibah atau disahkan mengidap sebarang penyakit, anda sudah lepas dari tempoh menunggu tersebut.

#3 Anda layak untuk dapat perlindungan yang lebih tinggi

Sesiapa pun sekiranya ingin mendapatkan perlindungan takaful, pasti mahukan pelan yang paling murah dan memberi perlindungan yang tinggi atau komprehensif.

Sekiranya anda masih muda, anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih plan yang disediakan. 

Apabila usia anda semakin meningkat dan pernah mengidapi sesuatu penyakit, pilihan anda semakin terhad dan mungkin takaful tak mampu untuk memberi perlindungan untuk penyakit sedia ada anda. Atau mungkin sumbangan bulanan anda akan meningkat. 

#4 Dapat perlindungan awal untuk penyakit yang berkaitan gaya hidup anda

Kebanyakan kita mempunyai gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan kita terdedah kepada risiko seperti hypetension, obesiti, sakit jantung, diabetes, gastrik dan sebagainya. 

Sekiranya anda memiliki pelan takaful ketika masih muda, sekurang-kurangnya pelan itu dapat melindungi penyakit tersebut.

Saya berikan sendiri contoh sahabat saya. Beliau mempunyai pelan takaful yang diambil ketika masih muda. beberapa tahun selepas itu, beliau mengidap menyakit gastrik. Siapa sangka ini akan berlaku? Kerana kesibukan kerja, beliau kadang kala tak sempat untuk makan. Mujur beliau ada perlindungan takaful ketika itu. 

Namun demikian, saban hari beliau dapati perlindungan yang beliau ambil tu tak cukup untuk menampung kos perubatan beliau di masa akan datang. Jadi beliau berhasrat untuk menambah pelan perlindungan tetapi pelan baru tersebut tidak akan melindungi beliau dengan penyakit gastrik. Mujur beliau masih ada pelan lama. Sekurang-kurangnya beliau boleh guna pelan lama untuk sakit gastrik dan pelan baru untuk sakit-sakit yang lain.

#5 Ganjaran Bonus tanpa tuntutan

Di AIA Public Takaful, terdapat satu produk yang menawarkan bonus kepada anda sekiranya anda tidak pernah membuat tuntutan dalam tempoh 2 tahun dan setiap tahun berikutnya dalam bentuk E-cash.

Anda boleh redeem cash tersebut untuk membayar deposit hospital, vaccination dan sebagainya.

Oleh itu, lebih awal anda bermula, maka lebih banyak bonus dan manfaat yang anda boleh dapat kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Jadi, kenapa anda masih menunggu? Bukankan lebih baik untuk anda mendaftar sekarang?

Klik link di bawah untuk memohon perlindungan takaful bersama AIA atau ingin bertanya lebih lanjut tentang pelan-pelan takaful yang ditawarkan oleh AIA.

https://linktr.ee/Haniothman

https://linktr.ee/Haniothman


0 Comments