Pengalaman Melakukan Pembedahan Kecil Mencabut Gigi Graham Bongsu di Hospital Kerajaan


Gigi graham bongsu adalah gigi graham ketiga yang akan tumbuh ketika kita masih di usia remaja atau ada sesetengah orang akan tumbuh ketika umur awal 20-an. 

Rasa sakit ketika gigi graham yang baru tumbuh tidak dapat dibayangkan. Ada sesetengah orang sampai demam atau bengkak pada pipi sehingga tidak mampu membuka mulut atau bercakap. 

Disebabkan gigi graham bongsu ini tumbuh jauh di belakang gigi, ia selalu mendatangkan masalah kepada kita kerana ia terperangkap di dalam tulang rahang menyebabkan gigi tersebut tidak dapat tumbuh secara normal. 

Saya mengalami masalah tersebut apabila separuh daripada gigi graham saya terperangkap di dalam tulang rahang dan gusi seperti dalam gambar di bawah.



Disebabkan kedudukan gigi yang separuh di luar dan separuh di dalam gusi, agak sukar untuk saya menggosok gigi untuk keluarkan sisa-sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi tersebut.

Lama-kelamaan, gigi tersebut menjadi rosak dan berlubang.

Ia menyebabkan saya rasa tidak selesa. Walaupun belum timbul rasa sakit tapi saya rasa rimas dengan makanan yang melekat di celah gigi tersebut.

Jadi, saya telah berjumpa dengan dentist untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang keadaan gigi ini sama ada perlu dicabut atau tampal sudah memadai.

Melihat keadaan gigi saya yang tumbuh dalam keadaan tidak normal, dentist tersebut menasihatkan saya untuk berjumpa pakar bedah mulut.

Katanya gigi saya perlu dicabut untuk mengelakkan terkena infection yang lebih serius. Dentist biasa tak boleh mencabut gigi saya kerana keadaan gigi saya yang tumbuh dalam keadaan tidak normal dan berhampiran dengan urat saraf. 

Jadi, dentist tersebut merujuk saya ke pakar bedah mulut Hospital Shah Alam. Agak seram sebenarnya sebab ini merupakan kali pertama saya cabut gigi. Seboleh-bolehnya saya cuba untuk elak dari mencabut gigi tapi untuk kes ini, saya tak ada pilihan lain selain mencabut gigi tersebut.

Menggunakan surat refer yang dikeluarkan oleh dentist tersebut, saya ke Hospital Shah Alam untuk set appointment.

Saya diminta untuk melakukan X-Ray terlebih dahulu. Selepas result X-Ray keluar, saya dibawa ke bilik untuk pemeriksaan gigi dan doktor menjelaskan keadaan gigi saya. Kedua-dua gigi graham bongsu saya di bahagian bawah berlubang dan perlu dicabut. Doktor meminta persetujuan saya sama ada saya nak cabut kedua-dua sekaligus atau salah satu dahulu.

Saya pilih untuk cabut kedua-dua sekaligus sebab saya malas nak ulang-alik ke hospital berkali-kali. Kalau boleh biar selesai semua terus.

Appointment ditetapkan. Saya perlu jumpa doktor bius terlebih dahulu pada 20 March 2020 tapi malangnya keadaan covid yang semakin teruk ketika itu dah arahan PKP telah ditetapkan pada 18 March 2020, appointment saya ditangguhkan tapi pihak hospital mengingatkan saya supaya jaga kebersihan mulut sentiasa untuk mengelakkan berlakunya infection pada gigi tersebut. (Sebenarnya waktu tu saya sendiri yang terlupa ada appointment sampai hospital call saya masa 21 March tapi saya sendiri minta tangguh sebab bimbang dengan keadaan covid).

Selepas keadaan covid semakin pulih, saya menghubungi hospital untuk tetapkan tarikh appointment baru.

Saya perlu jumpa doktor bius terlebih dahulu. Doktor bius menerangkan kepada saya prosedur-prosedur untuk pembedahan dan beberapa borang kebenaran perlu diisi dan ditandatangani. Saya juga diberi penerangan perkara yang saya perlu lakukan sebelum operasi pembedahan.

Seterusnya saya diberi tarikh untuk melakukan proses pembedahan kecil membuang gigi graham bongsu saya iaitu pada 1 September 2020.

Tapi pada tarikh tersebut appointment saya terpaksa ditangguhkan sekali lagi kerana doktor ada kes accident yang memerlukan pembedahan segera. Selepas berbincang dengan doktor, saya dapat tarikh 1 Oktober 2020.

Tiba tarikh yang ditunggu-tunggu. Saya dikehendaki berada di Hospital Shah Alam seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran dan saya dikehendaki datang dengan seorang peneman sebab lepas operation saya tak boleh drive, so kena ada orang lain yang drive. 

Lepas pendaftaran, saya disuruh ke tingkat 5 iaitu ward day care. sekali lagi saya kena register di situ then nurse check tekanan darah saya.

Saya diberi katil dan pakaian yang perlu dipakai untuk masuk ke bilik bedah.

Lepas salin pakaian, tak lama lepas itu doktor yang akan bedah saya datang dan memberi penjelasan kepada saya tentang prosedur pembedahan nanti.

Sambil menunjukkan X-ray dari handphone, doktor menerangkan bahawa dengan keadaan gigi saya yang separuh di dalam rahang tu, kemungkinan besar doktor akan potong gusi saya dan kikis sedikit rahang saya untuk memudahkan proses mengeluarkan gigi graham bongsu saya.

Mendengar penjelasan doktor saya mula rasa seram.

Seorang nurse datang bawa wheelchair dan suruh saya duduk atas wheelchair. Saya dibawa ke sebuah bilik dan diminta untuk berbaring di atas katil. 

Rasa macam dalam movie pun ada time ni. Terbaring atas katil sambil nurse tolak katil masuk ke bilik bedah. 

Sebelum masuk ke bilik bedah, katil yang saya baring tu ‘parking’ dekat bilik apa tah dulu. Banyak sangat ‘rnr’ yang saya singgah which is dah tak tahu dah nama bilik-bilik tu semua. Seorang doktor bius datang dan tanya beberapa soalan dekat saya dahulu then terus dia tolak saya masuk ke bilik bedah.

Sambil menolak saya ke bilik bedah, doktor bius tersebut ada tanyakan saya sama ada saya ada batuk atau selesema? katanya kalau selesema atau batuk, mungkin akan bermasalah sikit untuk bernafas sebab semasa proses pembedahan, saya akan diberikan alat bantuan pernafasan dan saya akan bernafas menggunakan alat tersebut. Kalau saya selesema atau batuk bimbang salur pernafasan saya tersumbat dan menyebabkan saya kekurangan oksigen. Tapi alhamdulillah saya tidak selesama dan batuk pada hari tersebut. 

Dalam bilik bedah, saya diminta untuk pindah kedudukan saya untuk baring di atas katil bedah. Ada 4 orang perempuan di dalam bilik bedah. Saya tak pasti lagi 2 orang tu doktor atau nurse. Yang pasti seorang doktor pakar bedah mulut dan seorang lagi doktor bius tapi saya anggap je la mereka semua tu doktor. Sambil berborak dengan saya, tangan doktor-doktor tu pantas bekerja. Mungkin tak nak saya rasa nervous, mereka berbual dengan saya sambil tanya berat saya berapa, kerja apa. Bila saya cakap saya kerja dengan AIA takaful seorang lagi doktor tanya pada doktor bius saya tu “Berminat nak beli takaful ke?”

Semua doktor dan nurse dalam bilik bedah tu ketawa. Hilang kejap rasa nervous. Doktor bius mencari urat di tangan saya untuk dicucuk cannula. Seorang lagi doktor tengah tampal wayar apa tah di badan saya. 

Sebelum saya tak sedarkan diri, doktor bius sempat pesan pada saya, “ok, saya nak masukkan ubat bius dah ni. Ubat ni akan rasa sakit sikit tau. Doa banyak-banyak dan mengucap siap-siap.

Fuhhhh!!! tiba-tiba perasaan nervous tu datang bila dia suruh mengucap. Terus saya terbayang wajah mak, abah dan suami saya.

selepas ubat bius masuk ke dalam badan saya, saya mula rasa sakit di bahagian tangan, kaki saya mula rasa kebas dan rasa kebas tu makin lama makin naik ke badan dan saya terus tidak sedarkan diri.

Saya mula sedar bila semuanya selesai tapi masih separuh sedar. Saya dapat rasakan katil saya ditolak dan saya diminta untuk berpindah katil.

Dalam keadaan yang separuh sedar, saya mengikut arahan untuk berpindah katil. Lebih kurang pukul 2 petang macam tu baru saya rasa betul-betul sedar.

Saya lihat ada makanan disediakan di atas meja hujung katil saya. Mulut saya disubat kain putih untuk menghalang pendarahan yang banyak. Saya diberi ice cube untuk letak di pipi saya untuk menggalakkan pembekuan darah.

Perut saya mula rasa lapar dan dahaga sebab sebelum operate saya perlu berpuasa bermula pukul 12 malam. Tapi dengan keadaan mulut yang masih berdarah, nak makan pun tak ada selera.

Saya keluarkan kain yang diletak didalam mulut saya, penuh dengan darah dan ada serpihan gigi terlekat pada kain tersebut.

Saya minum air mineral yang disediakan tapi bila telan air tu rasa macam telan darah.

Kemudian sekali lagi nurse datang memeriksa keadaan saya dan menyuruh saya berjalan ke toilet untuk memastikan keadaan saya stabil sebelum melepaskan saya pulang. Sekiranya saya belum stabil, saya perlu  bermalam di hospital dan pulang pada keesokkan harinya.

Doktor datang dan menerangkan risiko-risiko selepas pembedahan kepada saya.

Selepas selesai penerangan, saya cuba menjamah bubur nasi yang disediakan. Terasa payah untuk ditelan. Saya mengambil masa hampir satu jam untuk makan. Itu pun tak habis.

Saya dibiarkan berehat untuk seketika dan sekali lagi nurse datang memeriksa keadaan saya dan menerangkan yang saya boleh pulang. Tapi sebelum pulang, peneman saya perlu datang ke katil saya supaya saya tidak jatuh dan rebah ketika berjalan.

Sebelum pulang, saya perlu selesaikan pembayaran terlebih dahulu dan mengambil ubat di farmasi.

Total yang saya bayar untuk kos pembedahan ini adalah RM110. 

Pada saya sangat berbaloi dan murah. Ramai yang tak suka hospital kerajaan sebab lambat dan doktor/nurse garang tapi alhamdulillah, pada saya servis di hospital kerajaan sangat bagus. Nurse dan doktor pun melayan saya dengan baik sekali. 

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali pertama saya menggunakan khidmat di hospital kerajaan dan saya rasa sangat sangat berpuas hati. 

Kalau anda mengalami masalah dengan gigi graham bongsu anda, jangan takut untuk bedah. InshaAllah semuanya selamat. Lebih baik sakit seminggu atau 2 minggu daripada sakit untuk tempoh yang lebih panjang.


8 Comments

  1. Takutnya, saya mungkin kena buat minor surgery jugak.hmm tpi nak refer hospital kerajaan je mampu

    ReplyDelete
  2. hi, you pergi jumpa dentist di klinik mana ya? boleh tahu tak? sebab i pun nak refer to the dentist about this issue, rimas gila gigi ni huaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Hospital kerajaan je. Hospital Shah Alam. Bagus layanan dia. Kalah swasta. hehe

      Delete
  3. Hi guys..bca komen2 anda jadi takut pun adooo🤭😂 d sni sya pun ada story nak share siket wlaupun blom buat MOS..sokey critanya mcm ni,sya pun mcm anda juga mengalami kerosakan pada bhgian gigi geraham bongsu..sblom ni dah pergi klinik (klinik kerjaan) abis kat klinik ni je mampu🤭 biaya murah kan😅 so dlm bulan feb or mac 2023 mcm tu sya pergila buat pmeriksaan gigi,then dok pun buatla pmeriksaan,cek punya cek dok kata gigi sya dah rosak truk n bgtau gigi sya perlu dbuang tpi xdpt buat cbutan biasa,kena buat MOS,dok pun.terangkan apa tu MOS,sya pun oke je jwb kt dok tu.tpi dok kata xdpt buat msa skrg kena tunggu dpanggil appoimnt,so sya ok jela sbab wtu tu gigi memang da rosak.tpi xla sakit sngt skitnya on off je masi bole tahanla org bilang.syapun tunggula dpnggil appoimnt,then sbulan brlalu xde jugak panggilan sya pun pergila lagi ke klinik utk kedua kalinya😌berharap kalinya menjadila perawatan gigi sya sebab masa ni gigi dah pecah half sakimya pun dah mulai kerap datang🥴 sya pun jalani proses yg sma dok check then ckp yg sama juga sprti prtama kali tu..cuma dok je yg berubah kata2 smua sama...🥱 dan bezanya kalini dbgi recipt utk ambik ubt dfarmasi hospital..n dok ckp tunggu appoimnt dpanggil..sya pun ikut jela abis dok kata xramai waiting list..then tunggu2 sama juga xde panggilan.gg dah mulai kerap sngt sakit😫thp skitnya pulak dr 1ke 10 sya bole letak kat no 8...harap mkn paracetamol je yg dbagi n sumbat lubang gg dgn kapas ubat hurix🥴tpi makin lama hurix pun dah xmempan smpi skrg dah susah nk tido kdg menahan skit kenyat gg smpai jam 2 3 pagi tinggal tunggu nk sahur je😫 smpailaa tanggal hri ji 6hb 4 sya trfikir nak try pergi cek gg kat klinik kerajaan lain..then pagi tadi jam 11 sya pun pwrgila ke klinik prgifian s#@$&@$(xnkla buh nma klinik tu)🤭 dah tiba tmpt tu lain pulok kjdian,pusing semua tmpt sbab nk cri tmpt tu..(sbab sya bukan org situ)😂dlm 10 ke 15mnit juga pncrian akhirnya jumpa kliniknya..💪😄dah tu sya pun mndftr n tunggu turn numbr dpnggil.smpi turn sya pun mauk dlm blik rawatan n drawat,dcheck oleh dok dsna.doknya muda2 nmpknya sprri muda dr sya..sya je umo dah30thn..🤭dok cek then ckp bnda sma gg memang dah truk sngt..n nk cbut kenw buat MOS n dok sna ckp kna buat appoimnt,n kna tunggu..dlm hti aku alaaa sma je dgn klinik aku pegi sblom ni🥴trus aku ckp dkt dok tu bole tak appoimnt yg dekat@cpt skit.dok tu pun tnya skit angt ke dah xdpt thn..aku kata yee...thn dok tu pun jwb,ok kjp sya cek schdule appoimnt dulu..thn dok tu pun bincng2 dgn dok 1 lagi n mreka brithu kt sya yg appoimnt pling cpt dlm 2minggu kedepan...so sya pun stuju..n sng skit hati..dah konfem ada dateline.xmcm klinik 1st aku p tu...so dgn snang hti aku pun slesai dgn dok tu...utk tunggu dateline aku dbgi ubt than skit yg dos kuat akit dr unt sblom ni...💪🥰...so aku pun brsyukur sngt pnantian aku utk appoint yg konfem dah dpt..so aku pun pulang dgn rsa ang n bsyukur..buat msa ni mnunggu 2week ke depan aku tpksala on ubt thn skit smpai dateline aku...doakan aku yee Semuanya bjln lncar n dpermudahkan nnti..smpai sni jela sharing bkenaan gifi bongsuku..next time smbung lagi yee...inshyallah....🥰🥰🥰😘sekian....

    ReplyDelete
  4. Org prmpuan bils bercerita adoii.. bnyk aku skip membosakan trlalu pjh..

    ReplyDelete
  5. Saya baru tadi jalani pembedahan gigi geraham di hospital kerajaan. Jumlah kesemua gigi yg perlu dicabut 8 batang sebab saya ingin membuat braces. 4 gigi geraham dan
    4 gigi bahagian depan. Braces yg saya buat jugak braces kerajaan. Tp saya hairan kos pembedahan saya cuma RM 3 iaitu kos ubat. Umur saya 27 tahun. Saya jugak bekerja di bidang swasta. Saya diletakan di luar wad selepas pembedahan kerana wad saya penuh dan saya hanya minum air kosong saya sepanjang saya di hospital daycare. Adakan pihak hospital terlupa tentang cas pembedahan saya?. By the way, hospital yg saya jalani pembedahan adalah di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang

    ReplyDelete