Apa Itu Takaful?


Anda biasa dengar tentang takaful bukan? Tapi sejauh mana anda memahami perkataan tersebut?

Mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), Takaful membawa maksud "sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu".

Ok, faham? Syabas kalau anda faham sebab saya sendiri pun kena ulang baca beberapa kali nak faham. Haha....

Baiklah, biar saya jelaskan dalam bahasa yang lebih mudah.

Takaful merupakan pelan perlindungan yang patuh syariah di mana peserta mencarumkan sejumlah wang ke dalam satu dana atau "tabung" yang diuruskan oleh pengendali takaful seperti AIA Public Takaful dengan niat untuk menderma. Seseorang yang menandatangani kontrak takaful membolehkannya menjadi peserta dalam pelan takaful tersebut dan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta mengalami musibah.

Setakat ini boleh faham?

Ok, cuba anda lihat gambar rajah di bawah.


Sebagai contoh, terdapat 6 peserta yang menjadi penyumbang takaful iaitu peserta A, B, C, D, E dan F.

Pada suatu hari, peserta D mengalami kemalangan dan hilang upaya kekal. Untuk meringankan beban peserta D, pengendali takaful seperti AIA Public Takaful akan menggunakan wang di dalam "tabung takaful" tersebut untuk membantu peserta D.

Perkara yang sama juga akan dilakukan untuk peserta E yang memerlukan rawatan hospital dan peserta F yang meninggal dunia. Wang yang disumbangkan di dalam tabung takaful tersebut akan dikeluarkan untuk membantu keluarga peserta F akibat kehilangan peserta F.

Ciri-ciri Takaful

1. Sistem Islam

Konsep Takaful ialah saling bantu-membantu. Ia merupakan konsep yang diiktiraf oleh Islam di mana golongan yang bernasib baik akan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Ini dibuktikan di dalam Al Quran surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong-menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong di atas dosa dan permusuhan".

Takaful sebenarnya telah lama wujud, sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan khalifah awal lagi.

Pada ketika itu, terdapat kapal-kapal perdagangan yang terdedah dengan risiko seperti tenggelam dan terbakar. 

Maka wujudlah sistem takaful ketika itu bersama para wakil pedagang untuk menjamin sesama mereka sekiranya berlaku kerugian yang tidak dapat dielakkan. 

Ahli-ahli pedagang tersebut membuat satu perjanjian formal yang menyatakan bahawa sekiranya salah seorang ahli pedagang tersebut mengalami kehilangan, ahli pedagang yang lain akan menyumbang untuk menampung kerugian tersebut. 

2. Sumbangan At-Tabbaru'

At-Tabbaru' merupakan perkataan Arab yang membawa maksud menderma atau sumbangan secara ikhlas. 

Maka, dalam konteks takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah mempunyai niat yang ikhlas untuk menyumbang bagi membantu sesama peserta yang lain jika salah seorang peserta mengalami musibah. (Haaa... cuba check balik niat anda membayar takaful setiap bulan. Ikhlas ke tidak? hehe)

Dalam industri takaful, Al-Tabbaru' yang diperkenalkan adalah Al-Tabbaru' bersyarat di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma mengikut kesesuaian risiko yang dibawanya.

Syarikat pengendali takaful seperti AIA Public Takaful akan menetapkan kadar sumbangan untuk memastikan sumbangan yang disertai oleh setiap peserta adalah adil untuk semua pihak. 

Sebagai contoh, jika peserta A mempunyai penyakit darah tinggi, beliau membawa risiko yang besar. Maka kadar sumbangan yang disumbangkan oleh peserta A mestilah sepadan dengan risiko tersebut. Kira adil lah untuk peserta lain yang tidak mempunyai sebarang penyakit dan berisiko rendah.

3. Pelaburan Halal

Wang yang disumbangkan oleh peserta akan digunakan untuk dilaburkan di kaunter-kaunter halal dan patuh syariah untuk tujuan menggandakan jumlah simpanan anda.

Yang penting, keuntungan yang anda perolehi itu adalah dari sumber yang halalan Toyyiban.

4. Dipantau Oleh Majlis Pengawasan Syariah

Setiap wang yang dilaburkan akan berada di bawah pengawasan Majlis Pengawasan Syariah. 

Ini tertakluk kepada Akta Takaful 1984, Seksyen 8 (5)(b):

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan."

5. Tiada Unsur Riba

Elemen riba wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi.

Kedua-dua tabungan kebanyakkannya dilaburkan di dalam instrumen kewangan seperti bon dan saham yang melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Unsur riba juga terdapat dalam urusniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insurans hayat. Dalam sistem ini, syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman.

Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan riba yang dilarang Islam.

6. Tiada Unsur Judi

Ulama' mengatakan bahawa judi dan riba merupakan kaitan yang amat rapat kerana sesuatu transaksi yang mengandungi unsur riba maka dengan sendirinya akan turut ada unsur judi.

Judi dalam kontrak insurans wujud apabila:

  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi itu tidak berlaku
  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima
Sebab itulah kalau anda bandingkan antara pelan takaful dengan pelan insurans, pelan insurans menawarkan faedah yang lebih tinggi dan lebih menarik berbanding takaful. 

7. Bebas dari unsur yang tidak jelas

Tidak jelas atau ketidakpastian dalam konteks takaful adalah "terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain."

Ini bermakna dalam kontrak insurans terdapat unsur seperti berikut:

  • Kita tidak dapat pastikan sama ada dapat atau tidak bayaran yang telah dijanjikan
  • Kita tidak tahu kadar bayarannya
  • Kita tidak tahu bila masanya kita akan dapat bayaran tersebut
Dalam takaful, kita memang pasti yang kita akan dapat jumlah pampasan kita melalui hibah apabila berlaku kematian di mana jumlah yang kita akan dapat telah dinyatakan di dalam polisi.

8. Perkongsian keuntungan

Menggunapakai konsep mudharabah di antara peserta dan syarikat. Ini bermakna nisbah pembahagian keuntungan telah dinyatakan di dalam polisi atau kontrak takaful.

Sebagai contoh, nisbah 80:20 di antara peserta dan syarikat di mana peserta mendapat keuntungan 80% dan syarikat takaful mendapat keuntungan sebanyak 20%.

Anda boleh lihat nisbah ini di dalam polisi dan juga quotation yang disediakan oleh perunding takaful anda.

Dengan perkongsian mengenai takaful ini, saya harap anda boleh memahami dengan lebih jelas apa itu takaful.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang takaful, anda boleh menghubungi saya dengan mengisi contact me form yang disediakan di bawah atau anda boleh terus menghubungi saya melalui whatsapp di nombor 019-4367014.

 

0 Comments