VALUE INVESTING VS GROWTH INVESTING. STRATEGI PELABURAN YANG MANA SESUAI UNTUK ANDA?


Adakah anda pernah dengar tentang value investing dan growth investing? 


Adakah anda tahu membezakan antara value investing dan growth investing?


Yang penting, anda rasa anda sesuai menggunakan strategi value investing atau growth investing?


Sebelum kita rungkaikan satu persatu, mari kita lihat dulu maksud value investing dan growth investing serta perbezaannya.


Value Investing merupakan teknik pelaburan saham yang lebih santai dengan malabur di bawah nilai sebenar. Teknik ini biasanya digunakan oleh Warrren Buffett dan pakar-pakar pelaburan terkenal di dunia. 


Biasanya, pelabur yang menggunakan strategi ini akan mengkaji sesuatu saham dengan menggunakan teknik fundamental analysis. 


Mereka akan membuat perbandingan antara kajian fundamental sesebuah syarikat dengan nilai semasa pasaran saham syarikat tersebut.


Sekiranya nilai semasa pasaran saham tersebut rendah berbanding nilai sepatutnya, maka mereka akan membeli saham tersebut.


Growth Investing merupakan strategi di mana pelabur tidak begitu fokus pada harga saham syarikat tersebut. Mereka lebih mementingkan potensi pertumbuhan syarikat tersebut dan fokus untuk meningkatkan modal investor. 


Berapa pun harga saham tersebut pada masa sekarang, tidak menjadi masalah kepada pelabur. Biasanya mereka yang melabur menggunakan strategi ini akan memilih saham dari syarikat yang baru ditubuhkan seperti IPO. 


Jadi, apa perbezaan antara Value Investing dengan Growth Investing?


Dalam Value Investing, pelabur hanya membeli saham yang sudah ada nilai pada harga yang murah dan bernilai pada masa akan datang. Sebagai contoh, anda ingin membeli baju. Baju tersebut berhara RM20 sehelai. Pada suatu hari, kedai baju tersebut membuat promosi selama 1 hari dengan menjual baju tersebut pada harga RM10 dan harga akan kembali normal pada keesokkan harinya. Jadi, anda membeli dengan kuantiti yang banyak dan bercadang untuk menjual semula baju tersebut keesokkan hari pada harga normal.

Biasanya mereka yang melabur menggunakan strategi Value Investing tidak akan membeli saham pada harga yang tinggi. 


Pelabur yang menggunakan strategi growth investing lebih fokus kepada peningkatan dan perkembangan syarikat di masa akan datang. Mereka tidak kisah tentang nilai semasa dan tidak membandingkan harga sekarang dengan harga masa lalu.


Dari sudut risiko, Growth Investing lebih terdedah kepada risiko kerugian  yang lebih besar kerana kita tidak begitu fokus pada nilai semasa. Kita juga tidak dapat menjangkakan pertumbuhan syarikat tersebut. Sekiranya pasaran saham jatuh dalam masa terdekat disebabkan faktor-faktor luar jangaan seperti politik, peperangan dan sebagainya, pelabur akan menanggung kerugian yang amat tinggi.


Sekiranya pelabur menggunkan strategi Value Investing, mereka tidak begitu terdedah kepada risiko kerugian. Namun demikian, mereka lebih terdedah kepada risiko kehilangan 'peluang'. 


Sebagai contoh, nilai pasaran saham A adalam RM5 dan suatu ketika, nilai saham A jatuh kepada RM3 dan kemudian naik semula kepada RM5 dan seterusnya. Sekiranya pelabur tidak peka, mereka akan kehilangan peluang untuk membeli saham A pada paras RM3. 


Antara contoh Growth Stock di Bursa Malaysia adalah seperti IPO. Manakala contoh Valued Stock adalah seperti saham yang tersenarai di dalam blue chip stock seperti Sime Darby, Petronas, TNB dan banyak lagi.


Jadi sekarang, anda boleh jangkakan saham mana yang lebih sesuai untuk anda?


Sekiranya anda lebih menyukai strategi Value Investing tetapi mempunyai masalah seperti tiada masa untuk buat analysis memilih saham, tiada masa dan tidak tahu bila saham tersebut akan buat 'diskaun', anda tak perlu risau. Anda boleh invest di Phillips Capital kerana di sini ada pakar-pakar yang mana kerja mereka setiap hari adalah buat analysis dan mengurus dana para pelabur. Anda tak perlu jejaskan aktiviti harian anda dan boleh teruskan kehidupan anda seperti biasa tanpa perlu pening kepala memikirkan saham apa yang patut dibeli dan waktu bila patut beli saham. Biar mereka yang lebih pakar menguruskan pelaburan anda. Anda hanya perlu ada RM10,000 untuk melabur. Lebih menarik, anda boleh guna Akaun 1 dari akaun persaraan anda tanpa perlu mengeluarkan cash. 


Anda boleh jadikan ia sebagai pelan persaraan anda kerana syarikat blue chip biasanya akan memberikan dividen kepada pelabur. Dividen itu anda boleh jadikan sebagai pendapatan anda apabila anda sudah bersara nanti. Menarik kan? 


Sekiranya anda mahu saya bantu anda tingkatkan aset saham anda, just klik link di bawah untuk whatsapp saya.






0 Comments