Punca Berlakunya Masalah Harta Pusaka

Pengurusan harta bagi orang Islam tidak hanya terhad ketika kita masih hidup sahaja. Ia juga merangkumi pengurusan harta selepas kita meninggal dunia. Islam sangat menitik beratkan tentang pengurusan harta kerana kita tidak akan terlepas untuk disoal tentang bagaimana harta kita diperolehi dan bagaimana kita membelanjakan harta kita di akhirat nanti. 

Oleh sebab itu, penting untuk kita merancang dan menguruskan harta dengan sebaiknya untuk kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat nanti. 

Sering kita lihat terdapat pelbagai isu dan konflik berlaku di dalam masyarakat kita yang berkaitan dengan harta pusaka. 


Paling menyedihkan, ada yang sanggup memutuskan hubungan silaturrahim sedangkan Islam mengajar kita untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama kita.

Allah SWT berfirman. "Aku adalah Maha Pengasih (Al-Rahim). Aku membuat ikatan persaudaraan dan memberinya nama dari namaKu. Jika sesiapa mempertahankan ikatan silaturrahim, maka mempertahankan hubungan dengannya. Dan Aku akan memutus hubungan dengan sesiapa saja yang memutuskan silaturrahim," (Disebut dalam kitab Al-Adab A-Mufrad)


Mengikut artikel yang disiarkan oleh Harian Metro pada 27 Disember 2020, terdapat RM418 juta dana tertangguh atau wang menunggu dituntut tersimpan di Amanah Raya Berhad sehingga tempoh 30 November 2020. Jumlah ini melibatkan wang tunai sahaja, tidak termasuk harta tidak alih seperti rumah dan tanah. 

Apakah Punca Berlakunya Harta Tidak dituntut?

1. Kurang pengetahuan mengenai proses pengurusan harta

Ramai yang ambil mudah dan merasakan kurang penting untuk merancang pengurusan harta selepas meninggal. Mereka beranggapan proses pengurusan harta hanya melibatkan proses pembahagian tanpa mengambil kira proses perolehan kuasa dan proses pentadbiran. Kadang-kala, masalah yang timbul pada peringkat awal menyukarkan proses pembahagian harta dan mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai. 

2. Sikap individu dan masyarakat itu sendiri yang suka melengah - lengahkan sesuatu urusan sehingga berlaku kematian berlapis. 

Stigma 'tanah kubur masih merah sudah mahu menuntut' menyebabkan waris tidak bersegera dalam proses pembahagian harta pusaka. 

3. Waris tidak dapat dikesan.

Berkemungkinan terjadi apabila waris sudah meninggal atau waris hilang dan tidak dapat dihubungi. Mereka mungkin tidak tahu bahawa harta si mati perlu dituntut. Contoh, si mati merahsiakan perkahwinan kedua dan isteri dan anak-anak hasil perkahwinan kedua tidak munculkan diri ketika berlaku kematian si suami. 

4. Waris menolak hak mereka.

Ini kerana bahagian yang diterima oleh mereka sangat sedikit dan mereka merasakan tiada keperluan untuk menuntut jumlah wang tersebut.

5. Perbalahan antara ahli keluarga

Timbulnya sikap tamak dan tidak puas hati daripada salah seorang waris menyebabkan berlaku perbalahan di antara ahli keluarga. 

Oleh sebab itu pentingnya untuk kita menguruskan harta untuk mengelak isu-isu yang yang tidak diingini timbul. 

Di Malaysia, kita mempunyai syarikat amanah iaitu Wasiyyah Shoppe yang membantu waris pelanggan membuat tuntutan harta pusaka secara PERCUMA. 

Pelanggan perlu melanggan perkhidmatan ketika masih hidup dengan bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan untuk membolehkan waris pelanggan mendapat khidmat pengurusan harta pusaka pelanggan secara PERCUMA. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe ini, anda boleh hubungi saya untuk khidmat rundingan.

Hanya klik di link whatsapp berikut untuk berhubung terus dengan saya.

0 Comments